Bersedekah merupakan ibadah yang memberi ganjaran pahala kepada penderma. Dengan menyedekahkan pakaian lama, ibadah ini dapat mendatangkan kebaikan kepada individu walaupun sudah meninggal dunia.
Mencari tahfiz
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin bertanya pada pengikutnya mengenai tahfiz yang memerlukan pakaian.
Ujarnya, dia ingin bersedekah baju anak-anak yang tidak lagi muat untuk dipakai.
Saya ada lagi baju Syaikhul dan Sumayyah yang sudah kecil untuk disedekah.
Kalau korang tahu ada mana-mana tahfiz yang betul-betul memerlukan, tolong bagitahu saya.
Berkongsi lebih lanjut, aktres berusia 39 tahun itu memaklumkan bahawa dia bersedekah di masjid pada setiap jumaat.
Tambahnya lagi, ini merupakan minggu ketiga dia melakukan ibadah tersebut.
@puterisarahfanss_ #puterisarahliyana #andiarsyil #syaikulsumayyah #lumiermalaysia #arasyimalaysia #story?? #??????? #fypppp #fypviral? #fypppppppppppppp #fypppppppppppppp #fypppppppppppppp #fypppppppppppppp ? bunyi asal – PUTERI SARAH LIYANA FANS
‘Saya memerlukan’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap mereka salah seorang penerima baju terpakai anak kepada pelakon drama Polis Peronda itu. Selain itu, warganet juga memberi cadangan masjid yang memerlukan pakaian kanak-kanak.