Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Puteri Sarah Selar Netizen, Jangan Kecam Andi Arsyil – ’Dia Seorang...

    [VIDEO] Puteri Sarah Selar Netizen, Jangan Kecam Andi Arsyil – ’Dia Seorang Yang Baik, Awak Semua Jagalah Mulut’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Susulan pelakon dan usahawan, Andi Arsyil yang dituduh ‘biawak hidup’ dan didakwa menggunakan nama Puteri Sarah untuk mempromosikan produk, aktres itu tampil menegur tindakan melampau segelintir warganet.

    Teguran Sarah

    @ikalumier

    Replying to @rusnahhh0 aamiin????? #ikalumier #lumiermalaysia #lumierbyputerisarahliyana #lumier #teamlumier #teamlumiermalaysia #skincare #jeragat #jerawat #sunscreen #tintedsunscreen #serum #yujaserum #retinol #ultrarich #awetmuda #cerahsekata #glowingskin #lumierskincare #ikalumiershop #puterisarahliyana #andiarsyil #aapslfc #aapslfans #andiarsyilputerisarah #liveterbaru #liveputerisarahliyana #livelumier #lumierviral #skincaretiktok #toneryuja #exfoliating #shootingtoner #brightner #codlumier #lumiersingapura #lumierbrunei #koreaskin #produkberkesan

    ? original sound – lumier.malaysia – lumier.malaysia

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana menjelaskan bahawa Andi tidak pernah mempergunakannya.

    Dia tak gunakan Sarah pun, dia sendiri pun dah kaya dekat sana. Sarah yang bawa produk dia datang ke sini sebab produk dia bagus.

    Dalam masa yang sama, aktres berusia 38 tahun itu menyelar tindakan segelintir warganet yang melemparkan tohmahan melampau dan beranggapan buruk terhadap Andi.

    Sebelum bercakap, sebelum kutuk-kutuk orang Indonesia..bukan semua orang Indonesia ‘low class’ seperti mana yang awak semua fikirkan.

    Yang mengata dia guna duit saya semua itu, cubalah guna kepala otak sikit, jangan bodoh sangat.

    Dia seorang yang baik, tapi awak semua jagalah mulut itu, kurang ajar sangat..mulut-mulut puaka tu mengata orang. Google dulu siapa dia!

    Cuba check akaun bank itu dulu sebelum mengata pada orang. Jangan suka-suka cakap orang itu miskin dan tak ada duit.

    Ibu kepada dua orang anak tersebut juga berasa risau kerana kecaman warganet boleh memberi kesan kepada pelakon berasal dari Indonesia itu.

    Disebabkan mulut-mulut itu, ia beri pengaruh kepada semua netizen sebab bila ramai yang cakap begitu nanti dia dah tak nak datang Malaysia.

    Kalau sesiapa yang mahu jatuhkan produk ini atau nak jatuhkan saya..’please try harder’. Allah ada dan akan bantu.

    Terdahulu, Puteri Sarah memberi penjelasan mengenai Andi yang tidak lagi kelihatan semasa membuat siaran langsung di TikTok untuk menjual produk kecantikan.

    ALSO READ:  [VIDEO] “Botol Susu Anak Tidak Dilupakan Ya..”-Datin Alyah

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts