Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Puteri Sarah Terima Komen Berbaur Fitnah – ‘Ada Yang Tuduh Saya...

    [VIDEO] Puteri Sarah Terima Komen Berbaur Fitnah – ‘Ada Yang Tuduh Saya Bermaksiat, Itu Melampau’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    puteri sarahputeri sarah

    Pelakon Puteri Sarah Liyana dilihat antara selebriti yang lantang mempertahankan dirinya apabila terdapat dakwaan melampau terutama daripada pengguna media sosial.

    Tuduhan berat

    puteri sarah syamsulputeri sarah syamsul

    Menerusi temu bual bersama Melodi, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin memaklumkan terdapat seorang individu meninggalkan komen dengan menuduhnya melakukan maksiat.

    Saya tak kisah tentang bekas suami saya dan isterinya tapi kadang-kadang wargamaya terutamanya di pengguna lelaki di Facebook (FB) seolah-olah tersakiti dan berdendam dengan saya.

    Mereka komen tapi janganlah kaitkan dengan saya, saya dah setahun bercerai. Yang itu okay lagi tapi bila ada yang tuduh saya bermaksiat, itu melampau.

    Itu adalah komen daripada akaun yang tak berani tunjuk nama. Saya DM (direct message) tapi dia tukar nama, gambar dan lock profile.

    Dalam pada itu, aktres berusa 39 tahun ini tidak habis fikir mengapa ramai pengguna media sosial yang masih lagi mengaitkan dirinya dengan perkahwinan terdahulu sedangkan dia dan Syamsul Yusof sudah pun berpisah cara baik.

    Kalau dekat TikTok dan Instagram (IG) okay lagi tapi di FB, kadang-kadang komen tu lupa diri.

    Awak nak komen tentang orang lain saya faham, tapi kenapa nak kena kaitkan dan perli saya? Saya tak ada kena mengena dengan kehidupan orang lain, saya pun dah bahagia. Bila tuduh saya bermaksiat..kenapa pula?

    Awak dendam atas kejadian yang setahun lalu. Saya bukan bercerai dengan awak pun, saya dah selesaikan dengan bekas suami saya, tapi awak pula yang tak selesai dengan saya kenapa?

    Menurut ibu kepada dua orang anak ini, tindakannya yang bersuara untuk mempertahankan diri daripada tuduhan seperti itu adalah sebagai pengajaran kepada semua pengguna media sosial supaya tidak meninggalkan komen sesuka hati.

    Tak perlu ada sikap sindir menyindir dan tak puas hati tak tentu pasal. Kalau komen tu biar berhemah jangan menghentam kita. Ini pengajaran juga kepada mereka di luar sana, jangan sesuka hati nak komen.

    Bila dia cakap begitu, ia akan beri impak negatif kepada orang lain, dia akan ajak orang lain untuk komen negatif juga.

    Mereka akan berkata, ‘mesti army Puteri Sarah marah’. Bukan ‘army’ sahaja marah, saya pun akan marah komen macam tu.

    Terdahulu, Puteri Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna FB yang penuduhnya bermaksiat dan disifatkan tidak bertanggungjawab kerana meninggalkan komen berbaur fitnah.

    ALSO READ:  [VIDEO] Sabronzo Dolla Dukung Bekas Teman Lelaki Ms Puiyi, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

    Sekadar info, Syamsul pernah mendirikan rumah tangga bersama Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

    Syamsul sebelum itu, membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar pada 6 Januari tahun lalu, di Thailand.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts