Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Radhi OAG Mahu Kes Pukul Bekas Isteri Selesai Cara Baik –...

    [VIDEO] Radhi OAG Mahu Kes Pukul Bekas Isteri Selesai Cara Baik – ‘Tuduhan Ini Terlalu Berat, Kalau Saya Buat Mesti Saya Mengaku’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Vokalis kumpulan OAG, Radhi hadir ke Kompleks Mahkamah Seksyen dan Majistret Petaling Jaya pagi ini bagi prosiding kes pukul bekas isterinya Nur Shahira Ayu Zahiri.

    Harapan Radhi

    Ketika ditemui pemilik nama Muhammad Radhi Razali, menyatakan hasratnya bahawa dia ingin menyelesaikan kes tersebut secara baik.

    Sebenarnya saya tak nak cakap banyak sebab takut jejaskan perbicaraan.

    Harapan saya, saya mahu selesaikan secara baik hari ini. Tak mahu isu ini berlarutan panjang.

    Dalam pada itu, Radhi juga menegaskan dia tidak melakukan tindakan tersebut sekali gus menafikan bersetuju untuk membayar RM300,000 seperti yang diminta bekas isterinya sebelum ini.

    Memang dulu dia nak tarik kes dan selesaikan luar mahkamah dan tetapkan bayaran tertentu. Tapi saya rasa itu bukan jalan yang sebetulnya.

    Tuduhan ini terlalu berat, kalau saya buat mesti saya mengaku tapi hakikatnya memang saya tidak lakukan itu seperti yang didakwa.

    Sementara itu, penyanyi berusia 46 tahun juga memaklumkan anak-anaknya kini berada di bawah jagaan ibu Nur Shahira.

    Kalau mengenai anak, anak bongsu saya Muhammad pada awalnya ada dengan saya, tapi bila kes semua ni dah bermula, dia duduk dengan nenek (ibu Shahira) dia buat sementara waktu.

    Pada Julai tahun lalu, Nur Shahira mengesahkan bahawa dia belum menarik semula laporan polis berhubung kes berkenaan berikutan terdapat beberapa perkara teknikal yang perlu diselesaikan.

    Sebelum itu, pada prosiding kes 21 Jun tahun lalu, bagi menyelesaikan kes diluar mahkamah Nur Shahira telah meminta bekas suaminya untuk membayar sebanyak RM300,000.

    Terdahulu, pelantun lagu Generasiku itu didakwa dengan sengaja mencederakan bekas isterinya pada 19 April 2023 kira-kira pada jam 2.29 petang di Kota Damansara, Selangor.

    ALSO READ:  Nak Rambut Lebih Sihat & Berbau Harum? Sunsilk Anti Dandruff & Vitamin Booster Hair Mist Adalah Solusi Terbaik!

    Justeru, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2000 atau kedua-duanya.

    Bagaimanapun, Radhi kemudian mengaku tidak bersalah di atas pertudahan tersebut.

    Untuk info, Radhi dan Nur Shahira mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua oranag anak iaitu Nur Aisyah,8, dan Muhammad, 7.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts