Rozita Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta, merupakan seorang pelakon, pengacara, dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya iaitu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Nasib Engkau La Nak”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 186 ribu, tanda suka sebanyak 5,909 dan sebanyak 42 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta menyuruh anak lelakinya membeli makanan di tepi jalan kerana teringin.
“Kalau keluar dengan mak-mak, memanglah nasib engkau nak. Mak nak makan goreng pisang, mak nak makan apam balik!” – kata Che Ta
@rozitachewan1 Uolssss kalau keluar dengan mak-mak macam ni tak? 🤣🤣🤣🤣🤣 Nampak goreng pisang, nak goreng pisang, bau apom balik nak apom balik 🤪🤪🤪 Patutla anak-anak malaih nak keluar dengan mak 😬 . #ammar #cheta #rcw #rozitachewan #cekangjelita
♬ Tiada Tangis Lagi_Ella – Abg Jiwang_Official
Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan perkara yang sama jika keluar dengan anak-anak dan terpaksa membelikan apa yang ternampak di tepi jalan kerana teringin untuk memakannya.
Apa-apa pun, semoga kita semua diluaskan rezeki yang melimpah ruah serta peroleh keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?