Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ramai ‘Gugur Jantung’ Lihat Remy Ishak Pakai Baju Melayu, Pengasas Bulan...

    [VIDEO] Ramai ‘Gugur Jantung’ Lihat Remy Ishak Pakai Baju Melayu, Pengasas Bulan Bintang Sebut- “Saya Pilih Dia Kerana..”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dalam dunia seni hiburan Malaysia, nama Remy Ishak tidak asing lagi. Pelakon berbakat besar ini bukan sahaja terkenal dengan kemahiran lakonan yang luar biasa, malah semakin menjadi ikon fesyen. Baru-baru ini, peminat fesyen di seluruh negara berasa kagum melihat Remy Ishak memakai Baju Melayu Teluk Belanga jenama Bulan Bintang. Bulan Bintang mengadakan pertunjukan fesyen yang diberi nama ‘Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show’ baru-baru ini.

    Jenama tempatan Bulan Bintang yang diiktiraf sebagai salah satu jenama fesyen terkemuka di Malaysia mendapat perhatian apabila Remy tampil begitu segak dan megah memakai Baju Melayu Teluk Belanga koleksi mereka.

    Barisan duta Bulan Bintang 2024

    Pemilik Bulan Bintang yang juga pengasas jenama itu mengakui pemilihan Remy sebagai duta Bulan Bintang untuk koleksi Baju Melayu Teluk Belanga bukan semata-mata berdasarkan status selebriti, tetapi juga kerana kesesuaian Remy terhadap Baju Melayu Teluk Belanga.

    “Saya rasa, Remy Ishak sangat sesuai dengan koleksi baju melayu Teluk Belanga. Dengan ‘market’ artis Malaysia ini, saya rasa artis paling sesuai untuk bawa baju melayu teluk belanga ini. Ini kerana beliau antara yang memiliki wajah melayu yang sebenar, yang sangat maskulin, dan kena dengan target market kita. Jadi saya rasa pemilihan Remy sangat sesuai untuk bawa koleksi baju melayu Teluk Belanga ini”- kata pengasas jenama pakaian Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi.

    Ternyata ramai peminat yang terpesona dan ‘gugur jantung’ melihat Remy memperagakan Baju Melayu Teluk Belanga ini.

    Related articles

    Follow Us

    20,233FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts