Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ramai Puji & Terkejut Tengok Persembahan Marsha & Judika,- “Vibe Lain...

    [VIDEO] Ramai Puji & Terkejut Tengok Persembahan Marsha & Judika,- “Vibe Lain Macam!”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi dari Indonesia, Judika, akhirnya berjaya menyelesaikan konsertnya di Malaysia yang berjudul Romantic Night-Judika & The Gang pada malam Sabtu yang lalu. Bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, konsert ini dihadiri oleh 12,000 penonton bermula pada jam 8 malam. Konsert yang dibawakan khas oleh jenama kosmetik, Alha Alfa dengan kerjasama Kharisma Music International dan Dua Anak Deo Management memberi kepuasan maksima kepada penonton. Pentas cantik dengan layar besar kiri dan kanan memaparkan shot menarik sepanjang konsert memberi kepuasan kepada setiap penonton. Judika menyanyikan lebih 20 lagu termasuk hits seperti Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-baik Saja, Jikalau Kau Cinta, Bukan Dia Tapi Aku dan Sampai Akhir.

    Terkejut Tengok Persembahan Marsha & Judika,- “Vibe Lain Macam!” Selain tetamu undangan Haqiem Rusli, Shila Amzah dan artis di bawah pengurusan Dua Anak Deo (DAD), persembahan Marsha Milan Londoh duet bersama Judika telah memukau penonton. Marsha dilihat memberi tenaga sepenuhnya menjiwai lagu ini sehingga penonton ‘tak cukup nafas’ melihat vokal mantapnya. View this post on Instagram Di ruangan komen, ramai yang memuji persembahan Marsha dan Judika yang membawa lagu Bukan Dia Tapi Aku. Di instagram peribadi Marsha, wanita berasal dari Sabah ini mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mencipta memori istimewa pada malam tersebut. ‘TERIMA KASIH’ banyak di atas peluang yang tidak dapat dilupakan dan ‘TERIMA KASIH’ kepada setiap jiwa yang mendedikasikan masa mereka untuk menjadikan malam ini bukan sekadar acara, tetapi memori yang terukir di hati kami. Inilah muzik, gelak tawa dan masa-masa indah yang dikongsi”- tulisnya.

    Selain persembahan Marsha yang menarik perhatian, Judika membuat kejutan dengan menyampaikan tiga buah lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Malaysia iaitu Sejati, Buih Jadi Permaidani, dan Cindai nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza. Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu diiringi oleh pemuzik orkestra di bawah pimpinan maestro muzik Indonesia, Tohpati.

    ALSO READ:  Sarimah Ibrahim Nasihat Janna Nick Jangan Berhenti Berusaha Dapatkan Zuriat – ‘Saya Umur 41 Tahun Melahirkan Anak’

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts