Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment “Rasa Bangga Bila Lihat Orang Islam Berjaya”- Netizen Kagum Lihat Busana...

    [VIDEO] “Rasa Bangga Bila Lihat Orang Islam Berjaya”- Netizen Kagum Lihat Busana ‘Custom Made’ Pengasas Bawal Exclusive

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Busana eksklusif bukan sekadar kain yang dijahit kemas, tetapi hasil seni yang membentuk identiti dan status seseorang.

    Bagi sesetengah orang, busana eksklusif bukan sekadar satu keperluan, tetapi satu bentuk pelaburan dalam diri mereka. Tidak semua orang berani membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk memiliki pakaian dengan kualiti dan reka bentuk yang tiada tandingan.

    Namun Pengasas Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri, berjaya merealisasikan impiannya dengan memiliki busana rekaan pereka fesyen terkenal iaitu Rizalman Couture dengan bertahtakan kristal Swarovksi yang berharga RM 250,000.00.

    Haliza menggayakan busana ini sempena ulangtahun yang ke 25, Bawal Exclusive dalam sebuah majlis di ibu kota. Dengan bertemakan Magnificent Century yang berlatar belakangkan sejarah kerajaan Utmaniah, penampilan Haliza cukup memukau tetamu.

    @halizamaysuri

    ♬ original sound – Haliza Maysuri – Haliza Maysuri

    Tema ini dipilih kerana Pengasas Bawal Exclusive cukup kagum dengan sejarah kerajaan yang diterajui oleh golongan islam. Beliau cukup teruja dan menjadikan kisah ini sebagai satu inspirasi dalam kehidupan seharian beliau.

    Lebih hebat lagi, Busana yang digayakan oleh Haliza ini dihiasi penuh dengan 83,900 butir Swarovski. Di media sosial Haliza, ramai yang memuji keunikan busana yang dipakai. Malah ramai juga yang berbangga dengan kejayaan orang Islam dan bangsa Melayu di mata dunia.

    “Cantik sangat ilham Dato Rizalman, bertuah sgt yg dapat memakainya”- komen @imrosmah

    “Sebak membaca nukilan ini, namun rasa bangga bila orang Islam, orang melayu dah BERJAYA di mata dunia setanding dgn bangsa-bangsa lain”- tulis @afzalina

    “cantik baju nii royal highness feeling sgt. mmg npk mewah”- tulies @ayenour

    Bawal Exclusive

    Bawal Exclusive, sebuah nama yang terkemuka dalam industri tudung. Dengan perjalanan luar biasa yang menjangkau suku abad, Bawal Exclusive telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju trend dan ikon dalam dunia hijab.

    Sepanjang 25 tahun yang lalu, Bawal Exclusive cukup terkenal dari aspek ketukangan yang luar biasa, perhatian terhadap perincian dan komitmen terhadap kualiti.

    Setiap koleksi, sama ada tempahan ataupun tudung sedia ada, menceritakan kisah inovasi dan keperibadian, merakamkan intipati keanggunan moden dan gaya abadi sambil mengekalkan ciri-ciri kesopanan pada tahap terbaik.

    Keupayaan jenama ini untuk menggabungkan tradisi dengan elemen kontemporari telah menjadikannya ianya pilihan kegemaran untuk pencinta fesyen dari semua peringkat umur.

    Dalam meraikan kejayaan ini, Bawal Exclusive telah menghasilkan koleksi yang cukup istimewa sebagai memberi penghormatan bagi penggemar dunia fesyen hijab.

    Menggabungkan reka bentuk

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts