Siapa yang tidak mengenali pelakon, model dan usahawan Malaysia, Nur Hawa Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Wawa Zainal adalah individu yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan kita.
Wawa Zainal memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2011 sebelum mengambil keputusan untuk berehat sebentar selepas berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysia Suhairil Sunari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel.
Selepas Berkahwin, Wawa Zainal mula berkecimpung dalam bidang keusahawanan bagi memasarkan produk kosmetik jenamanya sendiri. Kini Jenama Wawa Cosmetics mampu untuk menaja rancangan nilaian jutaan ringgit.
“Mana Ada Suami Kena Marah Boleh Senyum Macam Tu?”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Aeril Zafrel yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 2 juta, tanda suka sebanyak 86 ribu, dan sebanyak 2438 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Aeril Zafrel yang menunjukkan reaksinya apabila dimarahi isteri tercintanya.
Begitulah kehidupan seorang suami, asyik kena marah je”-tulis Aeril Zafrel
@aerilzafrel8 Begitu la kehidupan seorang suami.. asyik kena marah je
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mana ada suami yang dimarahi isteri mampu tersenyum begitu, pada akhirnya turut berbalah juga.
Apa-apa pun, video tersebut hanyalah gurauan semata-mata. Asam garam rumah tangga seeloknya tidak dipamerkan di media sosial kerana akan menimbulkan fitnah pada kedua-dua belah pihak.
Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?