Gelagat anak perempuan penyanyi Syamel dan Ernie Zakri iaitu Nur Khawla Soleha mencuri perhatian apabila kelihatan tersipu malu mendengar pesanan daripada penyanyi Aziz Harun.
Artikel berkaitan: ‘Apa Salah Anak Saya?’ – Ernie Zakri Letak Had, Terkilan Khawla Terima Komen Negatif Netizen
Artikel berkaitan: Syamel Terbuka Khawla Jadi Artis, Pendidikan Tetap Keutamaan – ‘Nampak Dia Minat Semua Itu Tapi Saya Taknak Paksa’
Tersipu malu, tak senang duduk
Menerusi perkongsian di TikTok, Aziz menyanyikan lagu Ketipak Ketipung Raya serta menitipkan pesanan khas buat Khawla.
Hai Lala (Khawla), uncle Aziz ni. Uncle Aziz nak nyanyikan lagu untuk Lala boleh?
Dengar cakap mommy and daddy okey. Jumpa nanti Lala. Bye, I love you.
Di dalam video tersebut, Khawla seperti tidak senang duduk kerana terlalu malu malah meminta bapanya memainkan video Aziz berulang kali.
Daddy, Lala nak uncle Aziz. Daddy, Lala nak lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi Khawla yang tersipu malu dan turut memahami situasi yang dirasainya.
Hahahaha Ya Allah faham sangat Lala.
Lala fangirling era.
Macam tengok diri sendiri bila crush bagi harapan.