Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, September 14, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Reaksi Ernie Zakri Bila Nama Peminat Sama Dengan Nama Kucingnya, Cetus...

    [VIDEO] Reaksi Ernie Zakri Bila Nama Peminat Sama Dengan Nama Kucingnya, Cetus Perhatian Ramai!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

    Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

    Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.

    “Ehh Untungnya Dapat Bergambar Dengan Tandatangan Ernie Zakri”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @iq.leoo yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih 107 ribu, tanda suka sebanyak 12 ribu dan sebanyak 52 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Ernie Zakri yang menandatangan buat peminatnya lalu menanyakan nama peminat tersebut. Namun Ernie Zakri terkejut apabila mengetahui bahawa nama peminatnya sama seperti nama kucing miliknya itu.

    @iq.leoo

    Meow 🐱 tolong tag kak ninie guys hehe @erniezakriez

    ♬ Under The Same Moon – Myla

    Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka teringin untuk berjumpa dan bergambar dengan Ernie Zakri. Tambah mereka lagi, bunyi kucing yang dibuat oleh Ernie Zakri itu kedengaran sangat comel.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,258FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts