Siapa yang tidak kenal dengan Nadia Amira Othman atau lebih dikenali sebagai Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita di Malaysia.
Amira Othman memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian, selepas menyertai satu program nyanyian popular pada tahun 2013 iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 dan sekaligus mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kemudian Amira Othman banyak berkecimpung di dalam dunia lakonan sehinggakan setiap drama lakonannya menjadi pilihan ramai.
Selain dirinya, dua adik lelakinya juga turut menceburi bidang nyanyian iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar. Irfan Haris juga lebih dikenali ramai selepas dia menyertai pertandingan nyanyian Big Stage dan mendapat tempat keempat.
“Eleh Cover Cover Pulak, Padahal Blushing Tu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rissaskin_hq yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.2 ribu, tanda suka sebanyak 42 ribu dan sebanyak 867 komen.
Di dalam video tersebut, memaparkan reaksi Fattah Amin apabila secara tiba-tiba diberikan kejutan nyanyian dari Amira Othman yang berada di majlis yang sama dengannya itu.
@rissaskin_hq Kali ni kita prank FA tak bagi tau ada Amira Othman ada juga dalam event 🤗 #rissaskin #rissaskinxfattahamin
♬ original sound – Rissaskin – Rissaskin
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa suka melihat Fattah Amin dan Amira Othman apabila berada di dalam satu majlis yang sama.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?