Umum mengetahui, pelakon, Datin Intan Najuwa baru sahaja melahirkan cahaya mata perempuan, Imane Lunara di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur, pada Ahad.
Terkini, rakan karib kepada Intan yang juga pelakon iaitu Fatin Afeefa dilihat menziarahi Intan yang masih berada di hospital.
“Imane Lunara”-kapsyen ringkas Fatin Afeefa di TikTok
@fatinafeefa8 Imane Lunara ⋆˙⟡
♬ original sound – Haeya Mitty – Mitty Zasia
“Mesti Ubat Bius Dia Dah Habis..”
Walaubagaimanapun, lain pula reaksi netizen terutamanya kaum ibu meluahkan rasa sebak melihat keadaan Intan yang menangis selepas bersalin secara Czer, malah ramai yang turut berkongsi situasi yang sama di ruangan komen.
“Intan okay tak tu? Seriau tengok macam tahan sakit.”
“Dia yang bersalin swasta dijaga rapi pun menangis menahan sakit. Bayangkan ibu-ibu bersalin kerajaan. Lepas bersalin je nurse dah letak baby sebelah kena urus sendiri. Tidur pun tak dapat.”
“Lepas ubat bius habis sakitnya Allah sahaja yang tahu, gerak sikit pun rasa perut kena belah.”
“Tengok Intan menangis, aku pula yang rasa ngilu dekat perut. Padahal aku bukan Czer. Walaupun bukan Czer, sakit tu ada. Ngilu.”
“Betul bila ubat bius habis baru terasa sakit. Nak gerak. Bila batuk lagi sakit.”
“Lagi sakit kalau nangis. Saya lepas Czer nak nangis pun tak dapat rasa kena tarik kat bahagian Czer tu. Nak batuk lagi la tak dapat. Berdehem je la kita.”
“Kesian Intan, mesti ubat bius dia dah habis. Dah pernah merasa tu after Czer .”
Apa komen anda?