Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Boleh Tak Tolong Bungkuskan Untuk Kami Juga”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @mr.leeshah yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 93 ribu, tanda suka sebanyak 2,846 dan sebanyak 149 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan peminat yang merakam bahawa dia dijamu dengan masakan ‘roti kerca’ dari penyanyi no.1 Malaysia iaitu Tokti.
@mr.leeshah
Alhamdulilah..akhirnya dapat rasa Roti Kerca yang Tokti buat sendiri..Dapat pulak makan dekat rumah Tokti.. #ctdk #sitinurhaliza #rotikerca #fyp @Siti Nurhaliza
♬ original sound – Lee Shah – Lee Shah
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa masakan tersebut tampak enak dan mereka tidak pernah merasa roti tersebut. Tambah mereka lagi, mereka juga mahu merasa juga air tangan dari penyanyi kegemaran mereka itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?