Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 28, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Reaksi Siti Nurhaliza Bila Peminat Jadi CCTV Beritahu Keberadaan Suami, Raih...

    [VIDEO] Reaksi Siti Nurhaliza Bila Peminat Jadi CCTV Beritahu Keberadaan Suami, Raih Perhatian Ramai!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Bahaya Ehh, CCTV Merata Datuk K Tak Boleh Melencong Hahaha”-Netizen

    Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Tokti yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.3 juta, tanda suka sebanyak 58 ribu dan sebanyak 214 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan rakaman Tokti sedang melakukan Live dan diberitahu oleh peminatnay bahawa mereka ternampak Datuk K ketika menunaikan solat Jumaat.

    @toktitiktok

    Laporan diterima !! Ghituuuu.. takyah risau ye, peminat saya selalu update Dato K kat mana🤣

    ♬ original sound – Siti Nurhaliza – Siti Nurhaliza

    Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Tokti tidak perlu khuatir memasang CCTV kerana peminat yang akan menjadi CCTV untuknya.

    Apa-apa pun, semoga Tokti dapat mengeluarkan lebih banyak lagu dan membuat lagi konsert untuk peminatnya pada masa akan datang. Semoga kta semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,203FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts