Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Maknya Banyak Cakap, So Afiyah Bagilah Makanan”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @raranurhaliza yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 45 ribu, tanda suka sebanyak 494 dan hampir 20 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang sedang live kemudian diajak makan oleh anak perempuannya iaitu Afiyah. Namun Tokti tidak sempat untuk berkata apa-apa, lalu Afiyah terus disuap roti.
@raranurhaliza_ Sweetnyaaaaa dia suap Mak dia 🩷🩷🩷🤭🤭 @Siti Nurhaliza #aafiyah #ctdk #twomee #twomeehq #fyp #fyppppppppppppppppppppppp Video Mszone
♬ original sound – Rara Nurhaliza – Rara Nurhaliza
Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. mereka juga mengatakan bahawa tidak sempat untuk Tokti membaca doa makan, sangat cepat disuapkan makanan.
Apa-apa pun, semoga Afiyah membesar menjadi anak yang taat dan berbakti kepada ibu bapanya. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?