Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Reaksi Siti Nurhaliza Salah Lirik, Cetus Perhatian Ramai-“Pohon Buloh Ke Haa?”

    [VIDEO] Reaksi Siti Nurhaliza Salah Lirik, Cetus Perhatian Ramai-“Pohon Buloh Ke Haa?”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Kita Faham Tokti, Ni Faktor Usia Walaupun Muka Masih Remaja”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitinurhalizafantastik yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 6,980, tanda suka sebanyak 854 dan sebanyak 66 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang menyanyikan lagu ‘Pantun Budi dari Allahyarham SM Salim, namun gelagat Tokti lupa lirik lagu tersebut buatkan ramai terhibur melihatnya.

    @sitinurhalizafantastic

    Salah Lirik Pon Suara Maintain Sedap Bak Puluh Perindu Laaa DS @Siti Nurhaliza 💕💕💕 #tiktok #fyp #penyanyino1malaysia #trending #trendingvideo #song #trendingviralvideo #sitinurhaliza #viral #live

    ♬ original sound – SitiNurhalizaFans – SitiNurhalizaFans

    Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa walaupun salah lirik mereka tetap menerimanya nyanyian yang merdu itu. Tambah mereka lagi, mereka juga bergurau dengan mengatakan bahawa Tokti lupa lirik kerana faktor usia walaupun wajahnya persis anak remaja.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts