Isu orang ketiga atau skandal sering kali menjadi perhatian ramai pihak terutamanya jika ia melibatkan selebriti atau personaliti media sosial.
Hormati ruang
Menerusi sesi temu bual bersama Drama Sangat, pelakon kacak Redza Rosli juga turut meluahkan pendapat berhubung isu berkenaan.
Menurut pemilik nama sebenar Ahmad Redza Rosli berkata, sebagai lelaki mereka seharusnya tidak membuka ruang kepada pihak ketiga untuk menjalinkan hubungan.
Tentang isu ini, wujudnya orang ketiga sebab pihak lelaki beri ruang pada diri sendiri dan juga partner dia yang ketiga tu.
Sebenarnya sebagai lelaki, kalau kita tak beri ruang, kita hormati ruang yang ada tu insyaAllah benda ini takkan wujud.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta itu selain turut memberi pendapat masing-masing.
Betul, tak ada istilah kawan antara lelaki dan wanita. Agama pun dah gariskan.
Salah seorang jangan melayan dan sedar diri, insyaAllah.
Dalam hal ini salah laki dan perempuan sebab kalau ada yang bersikap mesra ambil hati lalu di sambut dengan dada terbuka, bertepuklah tangan kedua-dua pihak jadi sebuah hubungan gelap gelita.
@dramasangat Sebagai lelaki jika kita tak bagi peluang untuk wanita itu, confirm masalah ini tak akan wujud. – @redzarosli AKAN DATANG #WanitaSyurga ? #DramaSangat #TV3Malaysia
? original sound – dramasangat – dramasangat