Sekadar gambar hiasan
Pengacara, Nani Roslan berkongsi kisah seorang 12 lelaki serentak.
Ibu bapa penuh ilmu agama
Sekadar gambar hiasan
Menerusi sesi temu bual yang dimuat naik di TikTok, Nani menjelaskan mangsa memiliki ibu bapa yang berpengetahuan luas tentang agama.
Ujarnya, ayah mangsa sangat menjaga dalam pemakaian anak-anak.
Mak ayah mangsa orang yang alim.
Terutama si ayah, dia akan larang anak-anak pakai seluar dan kena pakai tudung. Ayah sangat menjaga.
Tambahnya lagi, ketika kejadian, mangsa berusia dalam lingkungan 12 ke 13 tahun.
Hal ini tidak dibuat laporan polis sebab ayah malu.
Mangsa juga difahamkan mengandung tetapi tidak lama kemudian, kandungan gugur.
‘Validate’ perasaan anak
@sembangkopiahterbangAstagfirullah , kisah dari Puan Nani Roslan adalah untuk pengajaran buat kita semua? original sound – Langka Studio
Ujar Nani, mangsa bertindak sedemikian hanya kerana perasaannya tidak difahami oleh seorang ayah.
Mangsa sangat inginkan validation dari seorang lelaki, dia sanggup lalui perkara sebegitu. Hanya sebab seorang ayah tidak pernah betul-betul faham apa yang seorang anak inginkan.
Difahamkan, mangsa berada di suatu pusat pemulihan selama dua tahun dan tidak mengambil Sijil Pelajar Malaysia (SPM).