Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Remy Ishak Kongsi Momen Beli Baju Raya, Telatah Tuah Buat Netizen...

    [VIDEO] Remy Ishak Kongsi Momen Beli Baju Raya, Telatah Tuah Buat Netizen ‘Geram’!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Syawal bakal tiba, pasti ramai yang kini sibuk membuat persiapan membeli kelengkapan Hari Raya Aidilfitri termasuklah pakaian, hiasan rumah, serta kuih-muih.

    Ini termasuklah pelakon, Remy Ishak menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, berkongsi momen pertama menjadi bapa membawa bayi lelakinya, Tuah Alam merasai suasana persiapan menyambut Aidilfitri di sekitar ibu kota.

    “Tahun pertama pengalaman jadi ayah bawa anakanda @tuah.alam jalan-jalan beli baju raya untuk nenek, bagi Tuah experience suasana persiapan sambut Raya.”-kapsyen Remy di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

    “Geram Tau Kaki Dia Tu…”

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa ‘geram’ dengan telatah Tuah yang sempat menggoyangkan kaki di saat Remy dan isteri sedang melayan peminat untuk bergambar.

    “Geramm tau kaki dia tu. Gigit kang 😂😂.”

    “yang part last tu kaki dia… 🤪🙃🙃😅😅… cute.”

    “Nampak happy betul Tuah jalan-jalan cari baju raya 😍.”

    “Bapak awak Remy Ishak tau dik… Alahai mashaAllah comel  Tuah 😍.”

    “Semoga bahagia kekal hingga ke syurga.. suka tgk diorang ni 😍😍”

    “Bukan main kaki..Nanti dah bole berjalan siap Kang…part last tu…sempat eik tangan..😍.”

    “Kaki tak duduk diam..nanti boleh jalan abis la nak mengejar dia😂.”

    “Masyaallah, tuah sgt comel…hensem besar nanti 😍.”

    Sekadar info, Remy Ishak mendirikan rumah tangga dengan Ezza Rosli pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahu menjalinkan hubungan cinta. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Tuah Alam.



    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts