Baru-baru ini BLACKPINK Jisoo mendedahkan lelaki ideal atau lelaki idamannya, dan ianya meninggalkan reaksi yang sangat melucukan kepada peminat!
Muncul dalam rancangan Dex Fridge Interview, Jisoo diajukan beberapa soalan daripada Dex. Salah satu soalan yang menarik perhatian penonton adalah lelaki ideal Jisoo, dan dia terkejut apabila penyanyi itu memberitahu dia mahukan seseorang seperti Dex.
Penyanyi, aktres dan model itu juga menjelaskan dia mahukan lelaki yang kuat dan boleh berlawan, sambil menambah kriteria, “Seseorang yang boleh membawa barang untuk awak”.
Jisoo kemuadiannya berterus-terang mengenai soal keutamaan visual, membuatkan Dex ketawa dengan jawapannya. Dia mendedahkan rupa tidak menjadi penting untuknya kerana mereka akan menjadi rangka apabila sudah meninggal dunia.
“Saya tidak mempunyai keutamaan dalam hal rupa paras, kerana kita semua akan menjadi rangka apabila kita mati.”
Mendengarkan jawapan Jisoo, peminat terus meninggalkan komen bahawa mereka tidak menyangkakan jawapan sebegitu daripadanya.
Malah sesetengahnya pula, menyedari bahawa satu bahagian temu bual itu seperti dikaitkan dengan bekas teman lelakinya, Ahn Bo Hyun, apabila Jisoo mengatakan dia mahukan lelaki yang kuat.
Tonton temu bual penuh Jisoo bersama Dex di bawah: