Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Reza Rahadian Dedah Diri Seorang Mualaf – ‘Bagi Saya Memeluk Islam...

    [VIDEO] Reza Rahadian Dedah Diri Seorang Mualaf – ‘Bagi Saya Memeluk Islam Itu Adalah Memeluk Kedamaian’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    rezareza

    Pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian berkongsi tentang kisah penghijrahannya sebagai seorang mualaf.

    Keindahan Islam

    rezareza

    Menerusi sebuah temu bual, Reza yang dilihat berada di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah, mendedahkan bahawa ibunya sebelum ini bersikap terbuka untuk dia memilih mana-mana agama setelah menganjak dewasa.

    Saya peluk (Islam) ketika berusia 19..20 tahun. Saya sebelum ini seorang nasrani.

    Ibu saya pernah berkata, ‘peluklah agama sesuai dengan apa yang kamu yakini, kerana agama yang mama bawa adalah apa yang mama bawa untuk kamu sejak lahir. Tapi kalau kamu rasa ada keyakinan untuk memeluk agama yang berbeza atas kesedaran penuh sebagai seorang yang sudah dewasa, silakan.’

    Pelakon filem Habibie dan Ainun ini kemudian menyedari bahawa agama Islam adalah yang terbaik kerana memberi ketenangan kepadanya.

    Dalam perjalanan hidup, saya menemukan bahawa Islam itu agama yang damai, agama yang penuh cinta. Semua agama mengajarkan tentang kasih, tapi dalam perspektif saya Islam itu menyempurnakan.

    Islam menyempurnakan nilai sebuah cinta, kasih dan membuatkan saya rasa damai. Bagi saya memeluk Islam itu adalah memeluk kedamaian.

    Dalam masa yang sama, menurut pandangan aktor berusia 37 tahun tersebut, Islam adalah sebuah agama yang sangat mudah.

    Reza juga melihat agama ini sebagai satu penyelesaian bagi setiap masalah yang berlaku kepada setiap insan.

    Sebenarnya ibadah solat tak sampai 10 minit, maknanya dalam satu hari ianya kurang sejam dari 24 jam yang diberikan kepada kita untuk hidup.

    Makan tengah hari pun satu jam setengah. Solat hanya memerlukan lebih kurang 50 minit. Dalam sesebuah situasi, malah solat dibolehkan untuk jamak. Jadi, tak ada alasan.

    Pada saya Islam adalah agama penyelesaian. Kalau sekarang orang bercakap tentang ‘healing’ dan isu kesihatan mental, dalam Islam ada semuanya.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara pemikiran Reza dan mendoakannya agar kekal istiqamah.

    ALSO READ:  Cari Rumah Pertama? LBS Bina Tawar Kediaman Lengkap Dengan Fasiliti Dan Insentif Luar Biasa Di Dua Lokasi ‘Hot’

    Sekadar info, sekitar April lalu Reza telah berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah.

    @cerita_viral2023

    #rezarahadian #kisahmualaf #kisahinspiratif #islami #podcast #tausiyah #ustadalvin

    ? Music Islami Terbaru – hamba Allah

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts