Pempengaruh dan usahawan, Kieda Crepe meraih perhatian netizen apabila membuat kejutan sempena majlis sambutan Hari Guru di sekolah dua orang anaknya, baru-baru ini.
Hadiahkan kipas & ‘air fryer’
@kiedacrepepenang Terima kasih cikgu kerana sabar melayan anak anak ku?? #kiedacrepe ? DoaKu UntukMu SAYANG Cover by MEISITA LOMANIA – ???????????
Menerusi hantaran TikTok, pemilik nama Siti Nur Khalieda Yusra Mohd Jais ini memaklumkan dia agak ‘pening’ memikirkan hadiah apa yang mahu diberikan memandangkan persiapan membeli hadiah itu dilakukan pada saat akhir.
Menurut Kieda, sekolah rendah serta taska yang mengajar dua anaknya baru berkesempatan untuk mengadakan majlis tersebut pada hari ini.
Susulan itu, usahawan berusia 26 tahun ini mengambil keputusan untuk menghadiahkan kipas serta ‘air fryer’ sebagai tanda penghargaan buat guru-guru yang sudah banyak memberi tunjuk ajar kepada anak-anaknya.
Hari Selasa sekolah Akif ada buat sambutan Hari Guru, jadi kita tak sempat nak beli hadiah, kita beli kipas untuk mereka.
Tak tahu nak beli hadiah apa.
Jadi ini semua hadiah untuk Hari Guru. Kipas ini adalah hadiah untuk cikgu sekolah rendah dengan cikgu tadika, dan yang ini (air fryer) untuk ustaz yang ajar mengaji dan cikgu tuisyen anak-anak.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya menitipkan ucapan terima kasih atas usaha yang dilakukan Kieda untuk membalas jasa guru-guru di sekolah anak-anaknya.