Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Riezman Khuzaimi Lega Individu Didakwa Salah Guna Wang Konsert Dibawa Ke...

    [VIDEO] Riezman Khuzaimi Lega Individu Didakwa Salah Guna Wang Konsert Dibawa Ke Muka Pengadilan – ‘Saya Trauma, Kerugian Cecah RM1 Juta’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    rizmanrizman

    Pelakon, Riezman Khuzaimi meluahkan rasa syukur apabila individu yang didakwa menyalahgunakan wang bagi menguruskan konsert pertama anjurannya, Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia dibawa ke muka pengadilan.

    ‘Saya trauma dengan kejadian ini’

    rizmanrizman

    Ketika ditemui , Riezman turut menitipkan ucapan terima kasih buat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menahan individu terbabit.

    Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan sangat berterima kasih dengan pasukan PDRM sebab dengan bantuan mereka, pesalah ini telah pun berjaya ditahan selepas kami memberikan beberapa bukti kepada mereka.

    Saya berasa lega kerana perkara ini akhirnya dibawa ke muka pengadilan selepas hampir setahun kes ini berjalan.”

    Menurut pelakon ‘Baik Punya Cilok’ ini, kejadian tersebut sedikit sebanyak telah membuatkan dirinya menjadi trauma memandangkan ini merupakan konsert pertama yang dianjurkannya.

    Saya dan ‘team’ telah ditipu sehinggakan menjadi trauma. Boleh dikatakan saya trauma sebab ini merupakan kali pertama untuk saya nak anjurkan konsert.

    Ini merupakan satu pengajaran buat saya dan semua. Saya berharap agar pihak perundangan negara dapat membuat pengadilan berhubung kes ini dengan sebaik mungkin.

    Riezman berkongsi perkara tersebut ketika ditemui usai prosiding pertuduhan melibatkan kes tersebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.

    Dalam pada itu, Riezman memaklumkan dirinya bersedia untuk memberi kerjasama bagi memastikan kes ini dapat diselesaikan dan berharap agar perkara seperti ini tidak akan berlaku kepada orang lain di luar sana.

    Saya tak nak perkara seperti ini terjadi lagi terhadap orang lain di luar sana.

    Saya juga sudah bersedia dan terpaksa melalui sebarang proses perbicaraan berhubung kes ini. Kita juga tak boleh nak tetapkan seseorang itu salah atau tidak selagi pihak mahkamah tidak tetapkan mereka bersalah.

    Saya dah cuba berbincang cara baik dengan tertuduh tetapi dia nak bawa juga ke muka pengadilan jadi saya bawalah.

    Dan saya juga sudah berikan segala bukti yang ada dan kalau betul insya-Allah, ia berpihak pada saya.

    Terdahulu, seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Rabiatul Addawiyah Izzadin mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengambil wang milik syarikat Mission Sight Sdn Bhd berjumlah RM237,370.

    ALSO READ:  Kasih Sayang Kepada Puteri Sarah Terjejas oleh Penyondol Kejam – Patimah Ismail

    Ia bagi menguruskan konsert Goyang Asli Koplo Milenia tahun lalu namun tertuduh gagal berbuat demikian dan menggunakan wang terbabit bagi kegunaan sendiri yang mana wang diambil bukan miliknya.

    Sekadar info, Riezman sebelum ini mendedahkan dirinya mengalami kerugian kira-kira RM1 juta apabila ditipu konsultan yang menguruskan konsert anjuran pertamanya itu.

    Riezman kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields pada 14 Jun tahun bagi tujuan tindakan undang-undang.

    Penipuan itu telah menyebabkan konsert yang dianjurkan telah tertangguh sebanyak tiga kali sebelum akhirnya berjaya dianjurkan pada 27 Januari lalu bertempat di Zepp, Kuala Lumpur.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts