Pelakon, Lana Nodin baru-baru ini tampil memberi makluman mengenai keadaan kesihatannya yang menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, semalam.
Kongsi Lana menerusi hantaran di Instagram, menceritakan bahawa dia telah disahkan mengalami jangkitan kuman pada usus yang berkemungkinan disebabkan oleh keracunan makanan.
“Ramai tanya saya sakit apa. Saya telah disahkan menglami jangkitan kuman pada usus.
Terima kasih atas semua mesej dan call dari rakan artis dan juga rakan-rakan media. Kalau Lana tak sempat nak reply, maaf Lana masih berehat.”-kongsi Lana
View this post on Instagram
Rita Hadir Melawat Lana Nodin
Perkongsian Lana turut mendapat respon oleh sahabat baiknya yang juga pelakon, Rita Rudaini yang memuatnaik satu hantaran video yang memaparkan Rita hadir melawat Lana di hospital selain mendoakan kesembuhan buat sahabatnya itu.
“Semoga Lana diberi kesihatan yang baik. Kami kawan-kawan sentiasa mendoakan.”-kapsyen Rita di TikTok
@ritrud727 Semoga Lana di beri kesihatan yg baik…kami kwn2 sentiasa mendoakan 🥰
♬ Sahabat Tak Akan Pergi – Betrand Peto Putra Onsu & Anneth
“Ingat Kawan Waktu Susah Senang…”
Netizen di ruangan komen menitipkan doa agar Lana agar cepat sembuh, malah ramai yang memuji kecantikan semulajadi Rita dan Lana biarpun tidak mengenakan sebarang solekan.
“Lawanya Rita dengan Lana.. 🥰.”
“Sakit itu ujian. Salah satu tazkirah untuk hamba-Nya. Moga jadi lebih baik daripada sebelumnya 😊.”
“Cantik Sis Rita dan sis Lana.”
“Semoga cepat sembuh..”
“Wah Rita gi melawat Lana ..❤️.”
“Terbaik Rita Rudaini. Ingat kawan waktu susah senang.”
“Cantik kedua-duanya tak bermekap. Semoga Lana cepat sembuh.”
Sama-sama kita doakan agar Lana Nodin diberikan kesembuhan dengan cepat dan dipermudahkan segala urusan…