Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Rita Sosilawati Pilu Kenang Kematian Tragis Arwah Ibu – ‘Kami Tak...

    [VIDEO] Rita Sosilawati Pilu Kenang Kematian Tragis Arwah Ibu – ‘Kami Tak Buat Pusara Sebab Tak Ada Jasad’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Usahawan kosmetik, Datin Rita Sosilawati tidak dapat menahan air mata apabila mengenangkan kes pembunuhan ibunya Datuk Sosilawati Lawiya yang berlaku 14 tahun lalu.

    Tiada kubur arwah

    @kool101my

    “Apa yang kami boleh buat adalah doa. Doa seorang anak tak ada hijab untuk mak,” – Datin Rita Sosilawati. Walaupun dah 14 tahun berlalu, tapi rasa perit kehilangan ibu tercinta dalam keadaan paling tragis tu takkan pernah hilang, kan?? Waktu kejadian tu berlaku, Datin Rita masih lagi muda tapi sudah perlu pikul tanggungjawab menjaga adik-adik dan teruskan legasi arwah ibunya. Inilah definisi wanita kuat dan hebat!?? Anda boleh dengarkan perkongsian penuh di KoolCast melalui aplikasi Audio+ atau klik sahaja link di bio okay! ? #Kool101 #SemasaDanSosial #MuzikYangFamiliar #PakNildiKool101 #PagiOnPointExtended #PagiOnPoint

    ? original sound – Kool 101 – Kool 101

    Menerusi temu bual bersama radio Kool 101, Rita atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana Buhari berkata, sejak kejadian tersebut berlaku, sambutan bulan Ramadan dan Syawal dia dan keluarga tidak sama lagi.

    Setiap kali Ramadan dan sambutan hari raya, kami tak gembira macam orang lain. Orang lain ada mak.

    Sebab kejadian itu berlaku semasa bulan puasa.

    Menurut usahawan berusia 39 tahun itu, paling menyayat hati adalah arwah ibunya tidak dapat disemadikan seperti jenazah Muslim yang lain berikutan tiada jasad yang ditemui.

    Namun, sebagai anak dia tetap mendoakan ibunya meskipun arwah meninggal dunia di dalam keadaan yang sangat tragis.

    Sudah semestinya saya sedih. Lagi-lagi bila tak ada pusara, kami memang tak buat pusara sebab dia tak ada jasad.

    Kes ini jarang berlaku dan satu dalam sejuta, ia berlaku kepada saya. Bila tak ada badan atau jasad ia adalah kes paling ‘rare’. Sampai sekarang tak ada kubur.

    Bagi saya doa sahaja yang penting. Doa seorang anak tak ada hijab untuk mak.

    Kes pembunuhan di Malaysia

    Dalam pada itu, Rita akui turut terkesan dengan berita pembunuhan kejam yang berlaku di dalam negara.

    Apabila melibatkan ibu bapa, saya rasa bukan saya sahaja tak boleh (melihat berita pembunuhan), semua orang begitu.

    Jadi bagi saya, apabila saya saya mendengar tentang berita seperti itu saya akan berdoa. Ya Allah berilah kekuatan kepada dia (waris mangsa) sebab saya tahu macam mana perasaan itu.

    Imbas kembali, pengasas produk kosmetik Nouvelle Visage tersebut bersama tiga lagi individu iaitu pegawai bank Noorhisham Mohamad, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin dilaporkan hilang sebelum disahkan telah dibunuh pada September 2010.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Sejujurnya Saya Tak Pernah Kejar Populariti, Malah Saya Kurang Senang Apabila Dikenali Ramai Dahulu’ – Nazrey Johani

    Mereka dibunuh dengan kejam di Morib, Selangor, kemudian mayat mereka telah dibuang dan dibakar di dalam ladang ternakan ayam.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts