Baru-baru ini penyanyi terkenal Indonesia, Mahalini mengesahkan bahawa dirinya sedang hamil cahaya mata pertama.
Bacaan Al-Fatihah
Sehubungan dengan itu, Mahalini bersama suaminya yang juga penyanyi, Rizky Febian serta keluarga telah mengadakan majlis kesyukuran bersempena berita gembira tersebut.
Dalam pada itu, momen-momen acara berkenaan telah banyak dikongsikan di media sosial. Antara yang menarik adalah ketika Rizky membimbing Mahalini membaca surah Al-Fatihah.
Difahamkan pelantun lagu Bohongi Hati itu kini sedang hamil tujuh bulan.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu melihat cara Rizky membantu isteri tercintanya membaca surah tersebut dengan lemah lembut.
Dalam masa yang sama, mereka juga memuji kejelitaan Mahalini yang semakin terserlah semenjak hamil.
Terdahulu, spekulasi berkenaan kehamilan penyanyi berusia 25 tahun itu mula timbul dua bulan lalu selepas dia mendapatkan rawatan di hospital.
Untuk info, pasangan popular itu dilaporkan sudah bernikah semula pada 27 Disember lalu selepas perkahwinan pada 5 Mei 2024 dapati tidak memenuhi syarat rukun nikah mengikut hukum Islam.