Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ronnie Hussein Menarik Perhatian Pelanggan dengan Nyanyian Spontan di Bazar Ramadan...

    [VIDEO] Ronnie Hussein Menarik Perhatian Pelanggan dengan Nyanyian Spontan di Bazar Ramadan Sambil Menjual Nasi Goreng

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebut sahaja nama Ronnie Hussein, pasti ramai sudah mengenali sosok yang cukup berbakat dalam indutsri hiburan tanah air.

    Walaupun begitu, ramai peminat tertanya-tanya dimanakah kelibat Ronnie dan apakah perkembangan terkininya memandangkan dia kini kurang membuat penampilan sebagai penyanyi.

    Ronnie Hussein belanja lagu

    Terbaharu, menerusi perkongsian video di TikTok Ezatul Azura, difahamkan Ronnie Hussein kini sedang berniaga di sebuah Bazar Ramadan Bandar Baru Uda (BBU) di Johor.

    Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah Ronnie atau nama sebenarnya Shahron bin Hussein sempat mendendangkan sedikit lagu Hanya Aku oleh Hyper Act kepada pelanggan yang membeli nasi goreng di gerainya.

    Nyanyian spontan daripada Ronnie menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya memuji bakat dan kelunakan suara Ronnie. Tidak kurang juga ada di antara peminat, akui terubat rindu selepas mendengar nyanyian daripada Ronnie. Mereka berharap agar Ronnie akan kembali aktif dalam industri hiburan.

    Video

    @ezatul.azura Beli nasi Goreng , Abg Ronnie belanja satu lagu.. #bazarramadan #bazarbbu #ronniehussien #hyperact @Ronnie Hussein ? original sound – Ezatul Azura

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts