Pelakon dan pelawak, Ropie berkongsi pengalamannya ketika berdepan dengan makhlus halus semasa menjalankan penggambaran.
Makhluk ghaib
@ashhrapp_channel Nasib sempat tarik keluar ! #fyp #horror #seram #podcastclips #lawak #repost
? original sound – ashhrapp_channel – ashhrapp_channel
Menerusi podcast bersama Ashhrapp Channel, Ropie atau nama lengkapnya Zahid Tajuddin menceritakan semula detik yang menyeramkan itu.
Saya berlakon di Janda Baik, ketika itu hujan lebat dan kawasan tersebut berbukit-bukit. Kami sedang menjalankan penggambaran filem Kampung Latah Kena Kuarantin.
Saya ada masa boleh nampak (makhluk halus), ada masa tak boleh nampak.
Menurut pelawak berusia 56 tahun itu, dia melihat kelibat makhluk tersebut yang seakan-akan memanggilnya.
Saya nampak dekat bukit-bukau, satu badan besar dengan matanya yang berwarna merah memanggil saya. Dia besar macam ‘bigfoot’, hitam dan nampak ada di celah pokok.
Saya pergi tapi tak naik sampai ke atas, saya hanya berdiri di kawasan tanah merah. Jaraknya jauh tetapi masih boleh nampak.
Azlee tarik Ropie
Bercerita lanjut, pelakon sitcom Jenaka Kampung Kalut (JKK) tersebut berkata, rakan artis dan kru penggambaran filem tersebut cuba menyelamatkannya.
Selepas itu Azlee datang, dia peluk dan tarik saya. Tapi saya masih tengok dan berasa seram.
Saya tanya Azlee, dia kata ramai kru dan pelakon menyuruhnya untuk menarik saya.