Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Rossa Dedah Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami – ‘Tiada Cinta, Kami...

    [VIDEO] Rossa Dedah Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami – ‘Tiada Cinta, Kami Seperti Adik & Abang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi kelahiran Indonesia, Datuk Seri Rossa mendedahkan anak lelakinya, Rizky Langit Ramadan tidak bersetuju sekiranya dia dan bekas suami, Yoyo merujuk semula sebagai suami isteri.

    ‘Saya dan Yoyo seperti abang dan adik’

    Ketika ditemui , Rossa atau nama sebenarnya Rossa Roslaina Sri Handayani berkata anak tunggalnya itu lebih selesa mereka berdua mengekalkan hubungan sebagai sahabat.

    Saya secara peribadi tak ada (cinta), tapi hanya keluarga. Rizky juga tidak memaksa kami kembali. Hubungan kami lebih baik sekarang.

    Saya dan Yoyo seperti abang dan adik. Kami sekarang harmoni sebatas keluarga.

    Rossa berkata demikian ketika ditemui di sidang media All Access to Rossa 25 Shining Years di Pavillion, pada Isnin.

    Bercerita mengenai filem dokumentarinya itu, pelantun lagu Atas Nama Cinta ini mendedahkan Yoyo merupakan individu terakhir yang menyertai projek tersebut.

    Yoyo mengambil masa beberapa hari bersetuju untuk mendedahkan kisah peribadi kami dalam dokumentari ini.

    Dan kenapa kisah ini baru didedahkan sekarang adalah kerana ia tidak lagi akan merugikan mana-mana pihak.

    Kami berdua sudah bertenang dan saya juga mahu memastikan Rizky bersedia untuk berkongsi perasaan mengenai perceraian kami.

    Dalam pada itu, Rossa memberitahu bahawa tidak semua kisah peribadinya diceritakan kerana dokumentari itu lebih memfokus kepada perjalanan kariernya sebagai anak seni.

    Untuk rekod,  Rossa dan Yoyo mendirikan rumah tangga pada 2004 namun ikatan pernikahan mereka hanya mampu bertahan selama lima tahun.

    Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rizky Langit Ramadan yang kini berusia 18 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts