Yang Hormat Kanjeng Mas Ayu Swarakaloka Dato’ Sri Sri Rossa Roslaina Handiyani, atau yang biasa dipanggil Rossa atau Teteh Ocha di Indonesia, dan Dato’ Sri Rossa di Malaysia ialah Diva Indonesia terlaris sepanjang zaman berdasarkan jualan album dan lagu hitnya.
SM Entertainment, Anugerah Planet Muzik, Asia Pop 40 & Media-Media Indonesia menggelar Rossa sebagai “Ratu Pop Indonesia (Queen of Pop Indonesia). Dia adalah penyanyi, ahli perniagaan, pelakon, penerbit rakaman, penerbit eksekutif filem, pengarah klip video, hakim pertandingan muzik dan penyampai Indonesia.
Sebagai seorang diva Indonesia, Rossa telah menghasilkan banyak lagu hit dan menerima Anugerah Multi-Platinum kepada Anugerah Juta untuk albumnya. Malah hingga ke populariti lagu Rossa, dia pernah dibayar RM43 ribu untuk menyanyikan salah satu lagunya berjudul “Sakura” dan RM60 ribu untuk menyanyikan salah satu lagunya berjudul “Ayat-Ayat Cinta”. Beliau juga merupakan artis Indonesia termahal di Malaysia & Singapura dan antara yang termahal di Indonesia.
“Cantik Betul Bila Tengok Depan Depan Macam Ni”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok m,ilik @beehunn_ yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 444 ribu, tanda suka sebanyak 43 ribu dan sebanyak 327 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Rossa yang hadir ke UITM Shah Alam bagi berkongsikan ilmu dalam industri muzik serta beliau sempat juga menyanyikan lagu buat pelajar-pelajar yang hadir di sana.
@beehunn_ OMG @Rossa DATANG UITM GUYS😭🔥🥰🤍🥹#uitmshahalam
♬ Lupakan Cinta – Rossa
@beehunn_ Replying to @Puteri Adriana bawak bersabar ye semua😔🙏🏼#uitmshahalam
♬ original sound – sabeena – sabeena
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa pelajar jurusan muzik sangat bertuah kerana dapat berjumpa dengan Rossa secara langsung.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?