Nama pelawak dan penyampai radio, Angah telah membuat kenyataan yang mengejutkan apabila dia mahu mengundur diri sebagai penyampai radio disebabkan masalah kesihatan.
Keputusan Angah untuk berhenti sementara sebagai penyampai radio itu mencetuskan rasa sebak rakan penyampainya termasuklah pelakon yang juga penyampai radio, Roy Azman menerusi video yang dimuatnaik oleh Radio Sinar, memuji sikap Angah yang sentiasa menggembirakan kesemua rakan-rakan penyampainya itu.
“Disebabkan Angah, adanya aku kat Sinar. Angah, kita gelak sama-sama, kena ceriakan Sinarian semua, sampaikan semua Sinarian nak saya stay kat sini. Ni semua sebab Angah.
Pada saya, memang dia pair-kan dengan siapa-siapa pun, semua pair akan happy.”-kata Roy
View this post on Instagram
“Kuatkan Semangat Kau Kau Kat Luar Sana…”
Dalam pada itu, Roy yang kelihatan teresak-esak tidak dapat menahan sebak itu turut menitipkan doa buat Angah dan pesanan untuk sentiasa berhubung biarpun sudah tidak bekerja di bawah satu bumbung.
“Dan saya ambil kesempatan kat sini Angah, all the best to you Angah. Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah.
Kuatkan semangat engkau kat luar sana InsyaAllah. Dan kau kena ingat yang kita orang semua sayang kau dan takkan lupakan. Kita kena still keep in touch walaupun kita dah tak kerjasama. “-kata Roy lagi
Difahamkan Angah mengambil keputusan untuk mengundur diri disebabkan tidak mahu menyusahkan atau mengganggu rakan-rakan sekerjanya kerana kerap mengambil cuti sakit ketika bertugas sebagai penyampai radio di Radio Sinar.
Sama-sama kita doakan yang terbaik agar Angah berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan..Apa komen anda?