Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Rozie Othman Kecewa Syasya Keluar Dolla, Dedah Cucu Akan Sambung Belajar...

    [VIDEO] Rozie Othman Kecewa Syasya Keluar Dolla, Dedah Cucu Akan Sambung Belajar Ke Luar Negara Bersama Suami

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon yang yang merupakan nenek kepada bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu Rozie Othman mengakui dirinya berasa sedikit kecewa dengan keputusan cucunya itu yang keluar daripada kumpulan popular tersebut pada 8 April lalu.

    Berlapang dada Syasya kahwin

    Bagaimanapun, menerusi temu bual bersama Melodi, pemilik nama Rasnah Othman berkata dia tetap berlapang dada dan mendoakan yang terbaik buat cucunya yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan.

    Rozie juga berharap cucunya itu akan melakukan kemunculan semula dalam industri hiburan memandangkan namanya sedang meningkat naik ketika ini.

    Syasya, Mommy (Rozie) ucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu walaupun Mommy ada rasa kecewa sebab nama awak tengah naik.

    Kemudian awak ambil keputusan untuk berkahwin. Tapi tak mengapa, Mommy dan keluarga terpaksa berlapang dada dengan apa-apa keputusan.

    Manalah tahu, satu hari nanti awak nak buat ‘comeback’, Mommy doakan awak.

    Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama ‘Abang Muda’ memaklumkan bahawa Syasya dan suaminya bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara tidak lama lagi.

    Menurut Rozie, keputusan untuk berkahwin serta sambung belajar menjadi faktor cucunya itu keluar daripada kumpulan Dolla.

    Saya mewakili Syasya nak bagitahu bahawa dia nak kahwin sebab suami dia nak sambung belajar.

    Pada awalnya dia memang tak nak keluar daripada Dolla tapi dah disebabkan perjanjian bila kahwin kena keluar daripada kumpulan, jadi dia kena keluar.

    Suami dia pun nak pergi sambung belajar dan mak (Syasya) pun kata dia boleh sambung belajar sekali.

    Insya-Allah selepas Raya Haji mereka berdua akan ke luar negara untuk sambung belajar.

    Terdahulu, Syasya dengan secara rasminya mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Dolla pada 8 April atas alasan peribadi.

    ALSO READ:  [VIDEO] Anak Shila Amzah Didiagnosis Autisme Tahap Satu – ‘Doakan Kami Boleh Jaga Anak Autistik Dengan Sempurna’

    Syasya kemudiannya melangsungkan majlis pernikahan dengan jejak pilihannya dalam satu majlis tertutup pada 21 April lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts