Pelakon sensasi Ruhainies memberitahu dia sudah melepasi misi berselawat 1,000 kali sehari selama 40 hari sepertimana disasarkan sebelum ini.
Teruskan berselawat
Tidak terkesan apabila dilabel menunggang agama, Ruhainies, 32, berkata, ibunya berpesan supaya tidak berhenti mengamalkan amalan baik itu kerana berselawat boleh menenangkan jiwa.
Sebenarnya saya sudah melepasi sasaran 40 hari berselawat tetapi ibu menyarankan agar meneruskan amalan itu kerana ia bukan sahaja mendatangkan pahala malah mampu memberikan ketenangan.
Daripada memikirkan perkara tidak elok, apabila berselawat saya dapat elakkan diri daripada hal-hal negatif.
Ruhainis berkata demikian ketika ditemui di majlis makan malam Elegant Night of Beauty yang berlangsung di Putra Glass House, Kuala Lumpur pada Ahad.
‘Berkawan’ dengan alat zikir
Berkongsi lanjut, pelakon drama Puteri Reunion itu berkata, sejak kebelakangan ini, dia sentiasa membawa alat zikir digital ke mana sahaja yang dikatakan sebagai teman akrabnya sekarang.
Saya tahu ada yang mempertikaikan amalan berselawat yang saya lakukan ini. Tetapi terpulanglah kepada pandangan masing-masing.
Rutin itu sudah jadi sebahagian daripada kehidupan saya sehari-hari. Kalau tak buat sehari rasa macam tak lengkap.
Sementara itu, disoal adakah ada menghadiri mana-mana kelas agama, Ruhainies menjawab, dia hanya mengikuti secara atas talian.
Saya ada sertai kelas agama tetapi secara atad talian. Bukan tak nak sertai majlis ilmu sebab ada juga kawan yang mempelawa tetapi saya tak mahu kerana lebih selesa menjaga privasi.
Kalau boleh tak nak ada kamera (tak mahu menunjuk). Biarlah urusan mengejar ilmu akhirat itu antara saya dan Allah sahaja.