Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, October 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ruhainies Terima Sejambak Bunga Selepas Pulang Dari Mahkamah – ‘Came Home...

    [VIDEO] Ruhainies Terima Sejambak Bunga Selepas Pulang Dari Mahkamah – ‘Came Home To This’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Selepas pulang dari mahkamah hari ini, pelakon Ruhainies kembali mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik foto dengan sejambak bunga.

    Came home to this

    Menerusi posting di Instagram Story, Ruhainies dilihat memeluk sejambak bunga sambil tersenyum. Lebih mencuri tumpuan, Ruhainies menggunakan lagu ‘Sesaat Kau Hadir’ sebagai lagu latar belakang posting tersebut.

    Pelakon drama ‘Terjerat’ ini turut meletakkan kapsyen ‘came home to this’.

    Pagi tadi, Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat ‘membisu’ selepas sebutan kes pertuduhan khalwat melibatkan mereka selesai di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

    Ketika ditemui , Aliff dan Ruhainies dilihat enggan memberikan sebarang komen berhubung penangguhan sebutan kes itu.

    Kedua selebriti itu mengambil pendekatan untuk mengunci mulut dan menghiraukan pihak media ketika diajukan beberapa soalan.

    Pada prosiding tersebut, mahkamah menetapkan perbicaraan melibatkan Aliff dan Ruhainies ditangguhkan pada 20 dan 27 Februari tahun hadapan.

    Tempoh jaminan bagi kedua-dua tertuduh itu juga dilanjutkan sehingga tarikh perbicaraan yang seterusnya.

    Mahkamah juga membenarkan Aliff untuk menggantikan penjamin baharu selepas penjamin sebelumnya iaitu Muhammad Nur Aiman Zainul Ilyas menarik diri dan ditukarkan kepada Furqan Abdul Rahim.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,218FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts