Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Rutin Pagi Rizman Nordin Beri Inspirasi Kepada Netizen – ‘Saya Mulakan...

    [VIDEO] Rutin Pagi Rizman Nordin Beri Inspirasi Kepada Netizen – ‘Saya Mulakan Dengan Solat Taubat & Solat Tahajud’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    rizmanrizman

    Pereka fesyen terkenal Rizman Nordin, berkongsi tentang rutin dan ibadah yang dilakukannya setiap hari.

    Belajar baca Al-Quran

    @tunasyrafkhalid

    During our podcast session at @apaceritatvmy , Rizman shared his inspiring morning routine, starting his day with Solat Taubat and Tahajjud. Mashaallah, it’s a practice we should all aspire to follow.

    ? original sound – Tun Asyraf Khalid ™ – Tun Asyraf Khalid ™

    Menerusi temu bual bersama podcast Apa Cerita?, Rizman berkata dia akan memulakan paginya dengan solat taubat dan solat tahajud kerana ia memberi manfaat yang baik kepada setiap muslim.

    Ini adalah rutin saya setiap hari, saya kongsikan dengan niat orang boleh ikut insya-Allah.

    Saya bangun pukul 5.30 pagi dan mulakan dengan solat taubat dan selepas itu solat tahajud. Solat tahajud ni Allah dah cakap ia umpama panah yang tepat pada sasaran. Malaikat turun dan mengaminkan doa. Apa lagi nikmat yang nak didustakan kepada Allah?

    Pereka fesyen berusia 39 tahun itu kemudian meneruskan rutinnya dengan membaca Al-Quran.

    Dalam masa yang sama, Rizman mendedahkan bahawa dia mula belajar mendalami Al-Quran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu semasa dunia mengalami pandemik Covid-19.

    Selepas itu saya akan mengaji Al-Quran satu muka surat.

    Saya nak kongsikan, saya dulu tak pandai mengaji because my base family is not religious. Even, mak dan ayah saya, solat pun saya yang ajar sebenarnya.

    Saya mula belajar mengaji semasa PKP. Saya belajar dengan ustaz melalui Zoom. Sehari sejam saya akan baca satu muka surat tapi hujung-hujung tu jadi 15 minit sebab sudah boleh membaca dengan laju.

    Sementara itu, Rizman berkata sebagai seorang muslim kepercayaan terhadap Allah adalah tunjang utama untuk memperoleh kejayaan selain daripada usaha.

    ALSO READ:  Datuk 73 Tahun Memasukkan 3 Biji Bateri ke dalam Zakarnya, Lalu Terjadi Ledakan!

    Pengharapan yang penuh terhadap Allah membuatkan pereka fesyen ini dapat mencapai semua impiannya.

    Apa sahaja yang kita nak capai, ia tak ada kepastian sama ada kita akan dapat atau tidak tetapi ada benda yang sangat berharga iaitu harapan dan iman.

    Bila kita berdoa kepada Dia, jadi kita akan ada iman dan percaya bahawa kita akan dapat. Itu yang membuatkan saya percaya bahawa saya akan sampai ke destinasi..saya akan dapatkan Naomi Campbell, saya akan ke Dubai dan akan dapat itu dan ini.

    Kita ni manusia, sudah semestinya akan ada cabaran..ada buat jahat tapi kita kena kembali kepada asasnya.

    Saya dah bertahun-tahun mengamalkannya, walaupun ada cabaran, sensasi..tapi saya lalui sahaja.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sangat mengagumi Rizman dan menjadikan rutinnya sebagai inspirasi untuk berjaya.

    Sementara itu, warganet turut mendoakannya agar tetap istiqamah dengan ibadah yang dilakukan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts