Usahawan sensasi, Nur Sajat berkongsi momen ketika bertemu dengan anak-anak angkatnya iaitu Syahmi dan Syaza selepas hampir empat tahun berpisah.
Sajat sebak
@sajatperempuanfuh sajat akhirnya jumpa anak anak? #sajat #nursajat #sajatvideo #fyp #foryou #fyp? #fyp??viral
? Every moment of you – Piano Arrangement – Shin Giwon Piano
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berkata, anak-anak angkatnya itu sama sekali tidak menyangka mereka akan bertemu.
Anak terperanjat tengok saya. Semasa saya sergah, mereka tak sangka yang saya jumpa mereka.
Dalam nada sebak, Sajat meluahkan rasa gembira apabila akhirnya dapat kembali bersatu bersama anak-anak yang ditinggalkan ketika mereka berusia lima tahun itu.
Mestilah sedih, bila nampak sahaja mereka saya menangis. Saya tinggalkan mereka semasa umur mereka lima tahun, sekarang umur mereka sembilan tahun.
Hanya tuhan sahaja tahu gembiranya saya bila dapat tengok anak.
Saya ini seorang ibu dan juga seorang ayah yang menjaga dua orang anak. Saya ini memanglah jahil, memanglah teruk tapi saya ada sifat kemanusiaan dan sifat seorang ibu.
Usahawan berusia 39 tahun itu kemudian dilihat meluangkan masa bersama anak perempuannya dan mengimbas kembali detik ketika mereka berpisah.
Adik ingat tak masa terakhir kali umi cakap? ‘Adik, umi nak nak pergi dah ni’. Lepas itu adik nangis adik kata, ‘umi jangan pergi.’
Pagi tu umi kejut adik dengan abang je.
Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram (IG), Sajat memuat naik gambar bersama anak-anak angkatnya itu sekaligus memaklumkan penyatuan mereka setelah sekian lama tidak bersua.