Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Sajat Nasihat Netizen Jangan Tambah Bara, Beri Fazura & Fattah Ruang...

    [VIDEO] Sajat Nasihat Netizen Jangan Tambah Bara, Beri Fazura & Fattah Ruang Selepas Bercerai – ‘Over Betul, Perangai Macam Lalang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh dan usahawan, Nur Sajat meluahkan rasa geram dengan segelintir netizen yang diibaratkan suka ‘menambah’ bara terhadap kes penceraian selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura.

    ‘Beri Fattah & Fazura ruang’

    @official Sajat pun memahami situasi mereka ???# #fyp #news #sajat #memberi #nasihat #teguran #netizen #fattahamin #fazura #cerai ? Jiwa Yang Bersedih – DENII

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pemilik nama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menitipkan pesanan buat orang ramai untuk memberikan ruang kepada Fattah dan Fazura yang baru sahaja selesai menjalani proses penceraian.

    Selama ini aku tengok Fazura dan Fattah tak ada langsung gosip fasal diorang.

    Pada saya, mereka berdua ini adalah selebriti yang sangat eksklusif dan diaorang pun bukan jenis artis yang suka canang dan jaja cerita sana-sini.

    Tapi korang (netizen) yang paksa dia bercakap lepas itu, bila dia bercakap korang kata dia ‘play victim’ pula.

    Tolonglah bagi Fattah dan Fazura ruang, bukannya tambah benda bagi benda lagi jadi panas. Aku baca pun, ‘Astaghfirullah’.

    Siap ada yang nak boikot?

    Tambah Sajat, dia juga menyifatkan segelintir netizen sebagai ‘lalang’ kerana dengan sewenang-wenangnya mahu memboikot bisnes tudung yang diusahakan Fazura.

    ‘Over’ betul korang ini, perangai macam lalang.

    Siap ada yang nak boikot bisnes tudung dia. Habis kalau korang boikot tak nak ‘support’, korang nak suruh dia buat apa?

    Tapi kalau orang tak nak ‘support’ pun Fazura pun, dia lawa. Petik ja jari, ramai yang nak dia.

    Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada Isnin. Lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

    ALSO READ:  [VIDEO] Tunku Azizah Nasihat Pelajar Ambil Iktibar Kes Buli Di UPNM – ‘Sia-Sia Masuk Universiti Lepas Itu Ke Tali Gantung’

    Pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts