Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Sasha Abdul Aziz Menangis Depan Kaabah, Ubah Doa Dari Nak Kaya...

    [VIDEO] Sasha Abdul Aziz Menangis Depan Kaabah, Ubah Doa Dari Nak Kaya Kepada Menutup Aurat – ‘Ya Allah Saya Nak Pakai Tudung’ 

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    sashasasha

    Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz berkongsi momen ketika berada di hadapan Kabaah semasa mengerjakan umrah baru-baru ini.

    Menangis depan Kaabah

    sashasasha

    Menerusi temu bual bersama podcast Apa Cerita?, Sasha mendedahkan dia berdoa di Tanah Suci untuk menjadi seorang yang dilimpahi dengan kekayaan.

    Saya nak pergi umrah nak bawa satu family. Dengan simpanan duit yang saya ada ini, saya nak bawa ibu dan anak-anak saya semua.

    Saya tanya kawan saya sebelum pergi umrah, selalunya apa yang mereka doakan? Sebab saya tak pernah pergi.

    Kemudian kawan saya kata, ‘kau tawaf tujuh kali, kau doa kau kaya’.

    Bagaimanapun, setibanya di hadapan Kaabah, ibu kepada dua orang anak itu tidak mampu menahan air mata lalu memohon kepada Allah SWT agar dia dapat menutup aurat.

    Sampai depan Kaabah, niat nak doa kaya tiba-tiba saya menangis gila-gila.

    Masa saya tawaf tu saya cakap, ‘Ya Allah saya nak pakai tudung, nak tutup aurat‘.

    Tadi saya nak doa kaya sebab semua orang nak jadi kaya tapi saya tak tahu waktu pergi depan Kaabah tu..saya cakap Ya Allah saya struggle sangat nak tutup aurat.

    Memang dari dulu pakaian saya memang macam tu dah, dah terbiasa dari kecil. Jadi bila pergi umrah tu doa saya berbeza.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet gembira melihat imej terbaharunya dan mendoakan agar Sasha dapat mengekalkannya serta menjaga aurat dengan sempurna.

    Semoga Allah tetapkan hati Sasha untuk istiqamah tutup aurat.

    Love dengan Sasha sekarang. Sungguh hidayah itu milik Allah.

    Alhamdulillah, semoga terus istiqamah. Syurga itu mahal dari seisi dunia, sama-sama kita usaha untuk mencari akhirat. Moga Allah merahmati. Amin.

    ALSO READ:  Aaron Aziz Tak Layan Komen ‘Nakal’ Netizen – ‘Isteri Saya Pesan Jangan Balas, She Is My Big Alarm Clock’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts