Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Saya Akan Ingat Dia Sampai Bila-Bila’ – Zul Ariffin Kongsi Detik...

    [VIDEO] ‘Saya Akan Ingat Dia Sampai Bila-Bila’ – Zul Ariffin Kongsi Detik Perkenalan Dengan Arwah Ashraf Sinclair

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Zul Ariffin berkongsi detik perkenalan dan kemudian bersahabat baik dengan aktor Allahyarham Ashraf Sinclair.

    Artikel berkaitan: [FOTO] Zul Ariffin & Gayatri Masih ‘Couple’?

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Zul Ariffin Beri ‘Hint’ Nikah Hujung Tahun Ini – ‘Tak Mahu Tangguh Lama-Lama’

    Kenal di tempat kerja

    Menerusi temubual di podcast Borak Dulu Baru Kamu, Zul pertama kali berjumpa dengan arwah Ashraf semasa menerima tawaran untuk berlakon iklan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)..

    Kita berkenalan semasa bekerja bukan kawan atau sahabat, tidak. Bila saya sampai ke Bandar Sri Damansara, saya tak tahu tempat itu di celah mana sebab saya dari KL.

    Bila dapat job tu saya sampai dan jumpa mamat rambut panjang iaitu arwah Ashraf. Kami dapat sekali shoot.

    Masa tu umur dia 20an, bila dah test baju semua lepas tu kena shoot dekat Damansara Perdana. Rupanya make up tempat lain, shoot tempat lain.

    ‘Saya ingat dia sampai bila-bila’

    Menurutnya, dia terharu dengan kebaikan dan pertolongan rakan baiknya itu.

    Ingat lagi masa tu arwah bawa kereta kancil warna putih. Dia bawa saya dari Bandar Sri Damansara pergi ke Damansara Perdana untuk shoot.

    Lepas tu saya ada shoot beberapa kali ada job dengan dia. Dia baik dengan saya walhal dia tak perlu pun sebab saya hanya budak baru habis SPM.

    Masa tu dia dah buat commercial yang ke-80 lebih. Sebagai kawan saya rasa macam wow, mungkin saya ada banyak kawan tapi dia saya ingat sampai bila-bila.

    Berkongsi tentang pemergian Ashraf, dia akui sangat terkejut dan membuat keputusan untuk melawat kubur arwah di Jakarta, Indonesia.

    Bangun pagi kawan beritahu Ashraf meninggal. Saya tanya Ashraf mana pulak ni? Ashraf Sinclair. Saya terus gerak pergi Jakarta dengan kakak saya.

    Tapi saya terlepas. By the time saya sampai ke kubur dia, orang dah berarak pergi. Jadi, saya duduk sorang di situ.

    Berita itu memang saya terkejut. Dia kawan saya yang walaupun dah lama tak jumpa, tapi saya masih ingat kebaikan dia.

    ALSO READ:  Aliff Aziz & Ruhainies Pilih Muzik ‘Background’ Lagu Sama, Suratan Atau Kebetulan?

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts