Suara Malaysia
Saturday, January 11, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    More
      HomeEntertainment ‘Saya Di Pihak Yang Benar’ – Puteri Sarah Tetap Mahu Teruskan...

      [VIDEO] ‘Saya Di Pihak Yang Benar’ – Puteri Sarah Tetap Mahu Teruskan Saman RM1 Juta Kes Pecah Amanah & Fitnah Terhadap Bekas Pekerja

      -

      Fly AirAsia from Kuala Lumpur


      Pelakon Puteri Sarah hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 2.25 petang bagi prosiding mediasi atau perbincangan kes saman fitnah dan pecah amanah terhadap bekas pekerjanya bernama Nazatul Nazira.

      Mahu teruskan saman

      Sarah, 38, berkata, dia tetap mahu meneruskan saman bagi mendapatkan keadilan dan membersihkan nama serta reputasinya yang sudah tercalar.

      Saya harapkan semoga hari ini dapat hak yang saya perjuangkan. Saya ada menfailkan dua saman iaitu saman malu dan pecah amanah.

      Saya mahu perjuangkan kedua-dua itu, yang saya tunggu dari tahun lepas. Tengok ada atau tidak jalan penyelesaian. Kalau tiada, teruskan kepada undang-undang.

      Sebelah sana berkeras, jadi pihak saya berkeras juga. Saya di pihak yang benar, semoga saya dapatkan hak saya.

      Sarah yang mengenakan baju berona coklat hadir ditemani peguam iaitu Azmi Mohd Rais.

      No komen

      @official Semoga segala urusan dipemudahkan untuk Puteri Sarah ??# #fyp #news #puterisarahliyana #saman #1juta ? original sound – OHBULAN!

      Sementara itu, Nazatul yang hadir mengenakan jubah hitam enggan memberikan sebarang komen ketika ingin ditemu bual.

      Terdahulu, Sarah mendakwa pegawai pemasaran dikenali Nazatul Nazira telah melakukan aktiviti pecah amanah sebanyak RM26,000.

      Nazatul juga telah menuduh Puteri Sarah mengambil barang terlarang, menganggap diri sebagai rakan kongsi, menggelarnya seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama ‘Andy’ dan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja.

      Susulan itu, Puteri Sarah menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta secara berasingan untuk kerosakan yang dilakukan terhadap status, reputasi, maruah, imej serta tekanan mental dan emosi.

      The following two tabs change content below.

      ALSO READ:  Fahimi Tak Sabar Nak Berkumpul Dengan Adik Beradik, Daging Dendeng Ibu Paling Ditunggu Bila Hari Raya
      Suara
      Suarahttps://www.suara.my
      Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

      Related articles

      ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

      Subscribe to Newsletter

      To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

      Latest posts