Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Saya Dulu Kerja Pesawah, Tak Ada Cita-Cita Nak Jadi Pelakon Atau...

    [VIDEO] ‘Saya Dulu Kerja Pesawah, Tak Ada Cita-Cita Nak Jadi Pelakon Atau Pelawak’ – Salih Yaakob

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelawak dan pelakon terkenal, Salih Yaakob berkongsi perjalanan hidupnya sebelum menjadi seorang selebriti yang sangat diminati dan digilai ramai menerusi satu program podcast bernama Siar TV.

    Tak ada cita-cita nak jadi pelakon

    @siardotmy Saksikan video penuh Ruang Temu eksklusif bersama Salih Yaacob hanya di saluran Youtube SIAR TV. #SIAR #siartv #ruangtemu #salihyaacob ? original sound – SIAR

    Menerusi potongan video yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Mohammad Salih Yaakob ini berkata dia tidak pernah mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang selebriti kerana dia merupakan seorang pesawah padi ketika muda.

    Menurut Salih, pada ketika itu dia tidak mempunyai keyakinan untuk menjadi artis kerana dirinya berasal daripada kampung.

    Nama sebenar saya Mohammad Salih bin Yaakob dan lahir di Sungai Besar, Selangor.

    Saya membesar di sawah padi dan ketika itu saya bekerja sebagai seorang pesawah. Dan sebenarnya saya langsung tak ada cita-cita nak jadi pelakon atau pelawak pun.

    Iya lah, kita orang kampung kan? Kita rasa macam nilai kita ni siapa nak jadi hebat dan glamor kan? Televisyen kita pakai pun hitam putih lagi, lampu pakai pelita dan kita kerja kampung ja.

    Ketika ditanya mengenai penglibatan dalam dunia lakonan, bapa saudara kepada pelawak Johan ini memaklumkan segalanya bermula apabila dia mula mencari kerja di Kuala Lumpur selepas tamat pengajian tingkatan lima.

    Selepas habis sekolah tingkatan lima, saya berhijrah ke Kuala Lumpur. Asalnya adalah untuk mencari kerja bukannya sebab dah ada peluang berlakon ke apa.

    Dan waktu itu jenis apa saja kerja yang boleh dibuat, ada peluang untuk buat duit saya akan buat. Jadi dari situlah mulanya saya dalam bidang lakonan.

    Tapi sebelum itu (berlakon), saya merasa kerja kilang. Makan telur dengan sardin dan sebagainya.

    Video penuh

    ALSO READ:  Akberdin Sahkan Kes Perceraian Harith Iskander & Isteri Ditunda – ‘Kedua-Duanya Memberikan Kerjasama Yang Baik’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts