Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment “Saya Jumpa Kak KM Pun Dah Rasa Berjaya”- Ameng Spring

    [VIDEO] “Saya Jumpa Kak KM Pun Dah Rasa Berjaya”- Ameng Spring

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dalam dunia seni yang penuh pancaroba, terdapat cerita luahan menyentuh perasaan yang dialami penyanyi terkenal, Ameng Spring.

    Ameng, yang biasanya sering diundang untuk menyanyi secara percuma dalam pelbagai acara, baru-baru ini mendapat tawaran yang agak berbeza. Beliau dijemput untuk menjadi antara penyanyi dalam sebuah konsert besar, tetapi yang menariknya, penonton harus membayar untuk menyaksikan persembahannya.

    Lihat siaran ini di Instagram



    Ameng memaklumkan perasaan terujanya kerana dijemput untuk menyertai antara 9 penyanyi rock legenda dalam konsert Konsert Rock Legend Berzaman.

    “Saya terharu bila di tawarkan oleh penganjur untuk menyertai konsert ini. Selalunya penonton melihat persembahan saya secara percuma, tapi kali ini mereka harus bayar. Bila saya tengok harga tiket, rupanya saya ada value lagi dalam dalam dunia seni ini lagi”- katanya dalam nada bergurau.

    “Saya akan lakukan terbaik untuk konsert ini. Bagi saya ditawarkan untuk menyertai konsert ini pun saya dah jadi satu kejayaan untuk saya. Sebenarnya bila saya dapat berjumpa Kak KM pun dah rasa berjaya. Manakan tidak, semua orang pun kenal Kak KM”- katanya berseloroh.

    Ameng ditemui ketika sidang media di Hard Rock Cafe sebentar tadi. Konsert pertama kali menggabungkan penyanyi rock legenda ini bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Mac nanti.

    Kesemua sembilan legenda rock tempatan tersebut ialah Muss, Zamani Slam, Amir Ukays, Ameng Spring, Ezad Lazim, Shidi Data, Azan Scan, Poey Sting serta Hazama.
    Selaku penganjur, RAR SKY Entertainment cukup teruja dengan penganjuran konsert ini yang pasti sangat-sangat dinanti-nantikan oleh peminat genre rock tempatan untuk menyaksikan idola mereka membuat persembahan secara langsung.

    Menariknya, konsert ini juga turut mendapat tajaan sepenuhnya oleh Kopi KM, produk kopi kesihatan yang diasaskan oleh usahawan popular yang cukup dikenali ramai, Kak KM.

    “Saya selaku peminat tegar lagu-lagu jiwang dan leleh, serta membesar dengan rock kapak, memang sangat teruja dengan penganjuran konsert ini, dan diharapkan semua yang hadir akan terhibur dengan himpunan para selebriti yang membuat persembahan. Kita ‘sing-along’ sama-sama dan kasi gegar Mega Star Arena nanti!” jelas Kak KM.

    Bagi peminat muzik rock tanahair yang ingin mendapatkan tiket, jangan lepas peluang ini!

    ALSO READ:  ‘Circle Bella Astillah Sangat Toksik, Jangan Percaya Orang Sekeliling’

    Sila layari www.ticket2u.com.my/event/34405 di mana tiket akan dijual bermula dari harga RM198 sehingga RM358. Jumpa kalian semua di Konsert Rock Lagend Berzaman 3 Mac 2024 nanti!

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts