Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Saya Kalau Sudah Mencintai Seseorang, Kahwin Hanya Ada Senaskah Al-Quran Pun...

    [VIDEO] ‘Saya Kalau Sudah Mencintai Seseorang, Kahwin Hanya Ada Senaskah Al-Quran Pun Saya Terima’ – Siti Jamumall

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini pempengaruh serta usahawan, Siti Jamumall telah pun mendirikan rumah tangga dengan personaliti media sosial, Aiman Tak Kesah di Satun, Thailand.

    Luahan Siti

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Siti atau nama lengkapnya nama Siti Suriani Wahiddin menjawab soalan daripada warganet yang menyoal tentang perkahwinannya bersama Aiman.

    Kalau cerita tentang duit, ada yang bertanya saya ada duit tapi mengapa tidak kahwin di Malaysia.

    Awak semua tak tahu berapa banyak yang saya rugi sebab perkahwinan saya yang tak jadi tu.

    Dalam nada sebak, usahawan berusia 26 tahun tersebut berkata dia sama sekali tidak memandang kepada harta benda yang dimiliki oleh seseorang lelaki malah mencintainya dengan ikhlas.

    Ada yang bertanya, kenapa saya tak buat perkahwinan secara besar-besaran.

    Saya ini kalau dah mencintai seseorang, dia kahwin dengan saya hanya ada senaskah Al-Quran pun saya terima. Saya tak kisah.

    Difahamkan Siti memberi respon tersebut berikutan terdapat segelintir warganet yang mempersoalkan mengapa dia dan Aiman bernikah di Thailand.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempertahankan Siti meskipun dia memilih untuk tidak melangsungkan perkahwinan dalam negara.

    Biarlah dia nak kahwin dekat mana pun, janji bukan ambil hak orang. Doa yang baik-baik untuk Siti.

    Tak kisahlah kahwin dekat mana pun janji Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan.

    Yang penting pernikahan itu sah di sisi agama, tak perlu nak meriah pun.

    Terdahulu, ibu kepada Siti iaitu Norizan Jaafar mengesahkan tentang status perkahwinan anak perempuannya itu.

    Siti sebelum ini dijadualkan bakal bernikah dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya pada 31 Mei lalu namun terpaksa dibatalkan saat akhir atas faktor peribadi. Segala persiapan juga sudah dibuat termasuklah memberikan kad jemputan kepada semua tetamu.

    ALSO READ:  Kecaman Netizen terhadap Lawatan Ryzal Ibrahim ke Pusat Pemikiran Islam, Sangka Masuk Gereja

    Sekadar info, Siti pernah berkahwin sebelum ini namun bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4, dan Putra Aiman Zafran, 2.

    @intanzawiyah87

    KELUAR SUDAH STATEMENT SITI… JGN JUDGE LUARAN..#sitijamumall #kahwin

    ? original sound – I’m intan – I’m intan

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts