Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Saya Kata Pada Johan, Mulai Pada Hari Ini Aurat Saya Hanya...

    [VIDEO] ‘Saya Kata Pada Johan, Mulai Pada Hari Ini Aurat Saya Hanya Untuk Dia Sahaja’ – Ozlynn

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Ozlynn berkongsi tentang kisah penghijrahannya selepas menunaikan ibadah haji baru-baru ini.

    Penghijrahan Ozlynn

    @mingguanwanita

    “I cakap dekat Johan, mulai harini aurat saya hanya untuk awak sahaja” – @jozlynnhanania Alhamdulillah, Ozlynn dengan sebak menceritakan pengalaman dan hijrahnya ke arah yang lebih baik setelah selesai menunaikan haji. Saksikan video penuh di FB dan YT Mingguan Wanita ya! #mingguanwanita #ozlynnjohon #ozlynnn #johan #baikpunyahlong #aurawanita

    ? original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

    Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 43, mendedahkan sebelum ini dia pernah memakai hijab dan berniqab ketika keluar rumah.

    Ozlynn berkata setiap kali mengenakan hijab, suaminya yang juga pelawak dan penyampai radio iaitu Johan akan memuji dirinya.

    Dari dulu lagi, kalau saya keluar seorang diri saya akan pakai tudung dan pakai pelitup muka, kadang-kadang saya berniqab jadi orang tak perasan.

    Johan selalu cakap, ‘sejuknya..cantiknya isteri saya, kalau macam ini dah lengkap dah.’

    Bagaimanapun, Johan menasihati Ozlynn agar ikhlas menukar imejnya dan menutup aurat kerana Allah SWT.

    Itu yang dia inginkan tapi, dia selalu katakan, ‘buat kerana Allah, saya takut kalau buat kerana saya suatu hari nanti katakan awak kecewa, terasa hati atau menangis sebab saya..yang hanya boleh memulihkan jiwa hanyalah Allah. Jadi kalau buat kerana Allah akan selamat dunia akhirat.’

    Bercerita lanjut, ketika pulang daripada mengerjakan rukun Islam yang kelima, pelakon filem Abang Long Fadhil 3 itu mengambil keputusan untuk terus memakai hijab.

    Dalam nada sebak, Ozlynn menyifatkan ia adalah tanda kasih sayang daripada Allah SWT terhadapnya.

    Bila balik dan keluar rumah..saya pakai sahaja tudung. Kemudian Johan bertanya adakah saya akan terus pakai.

    Saya kata pada Johan,’mulai pada hari ini, aurat saya hanya untuk dia sahaja.’

    Itu adalah tanda kasih sayang Allah, yang mana saya tak pernah terfikir pun apa kebaikan yang pernah saya lakukan sampai Allah bagi keistimewaan sepanjang mengerjakan haji.

    Saya pergi haji menggunakan pakej VVIP daripada raja Saudi. Layanan Allah di sana pun sangat VVIP.

    Sekadar info, Johan dan Ozlynn serta 11 lagi pengamal media yang mendapat jemputan dari Kementerian Media Arab Saudi telah berangkat ke Makkah pada 7 Jun lalu.

    ALSO READ:  Aliff Aziz & Ruhainies Hadir Ke Mahkamah Untuk Kes Khalwat?

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts