Pelakon dan pengarah, Farid Kamil akhirnya membuka mulut berhubung kenyataan isterinya, Diana Danielle yang memaklumkan bakal memfailkan perceraian dalam masa terdekat.
Saya sayang isteri
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari, 42, memaklumkan dia sedia maklum dengan perkhabaran perceraian tersebut selain mengakui masih menyayangi isterinya dan anak-anak.
Alhamdulillah, saya mendengar perkhabaran tersebut dan seperti semua orang maklum, saya sayangkan isteri saya dan anak-anak saya.
Nak selamatkan rumah tangga
Tambah pelakon filem Anwar: The Untold Story ini lagi, dia akan berusaha melakukan apa sahaja demi memperbaiki hubungannya dengan isteri sekaligus menyelamatkan rumah tangga.
Saya akan berusaha apa sahaja untuk menjernihkan keadaan kembali. Insya-Allah doakan yang baik-baik.
Pada Isnin, Diana memuat naik kenyataan di Instagram memaklumkan dia sudah tidak mahu hidup bersama Farid dan akan memfailkan penceraian dalam masa terdekat.
Untuk rekod, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.
View this post on Instagram