Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Saya Nak Sangat Bila Kami Semua Sudah Tiada, Nama Kami Disebut...

    [VIDEO] ‘Saya Nak Sangat Bila Kami Semua Sudah Tiada, Nama Kami Disebut Sebagai Satu Lagenda’ – Azlee Senario

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    senariosenario

    Selama 28 tahun membina nama dalam industri seni, ternyata ianya bukanlah satu perkara yang mudah buat kumpulan komedi popular negara, Senario.

    Hargai rakan sepejuangan

    @tv3malaysia

    Senario sentiasa di hati rakyat Malaysia ?? Semoga diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa menghiburkan kami ? Saksikan episod penuh RuangInspirasi bersama Azlee Senario eksklusif hanya di Tonton sekarang! InspirasiGenerasi SentiasaBersamamu

    ? original sound – TV3Malaysia – TV3Malaysia

    Menerusi program Ruang Inspirasi, Azlee percaya kekuatan yang ada pada setiap anggota kumpulannya telah berjaya memberi warna dalam dunia hiburan tempatan.

    Tambahnya, persahabatan yang utuh merupakan salah satu pegangan Senario yang mampu menjadikan satu kumpulan komedi versatil.

    Kami bersatu pada tahun 1996, sekarang dah tahun 2024, pada saya ia satu persahabatan yang tak boleh saya lupakan. 

    Satu persahabatan yang begitu besar kepada saya dalam Senario kerana kami berjuang bersama-sama, kami naikkan nama bersama-sama, kami bersusah senang bersama-sama. 

    Pemilik nama Muhammad Azlee Jaffar dalam nada sebak kemudian merakamkan penghargaannya kepada setiap anggota kumpulan Senario.

    Sebenarnya kekuatan Senario bukan terletak kepada saya seorang sahaja. 

    Saya sayang Lan, saya sayang Wahid, saya sayang arwah Hamdan, saya sayang Ilya, saya sayang Yassin, saya sayang Apek, saya sayang Shamsul Ghau Ghau. 

    Dalam pada itu, pelakon filem Lagi Lagi Senario tersebut turut mendoakan agar kesemua anggota kumpulan berkenaan sentiasa berada di dalam keadaan sihat.

    Kepada sahabat saya yang saya sebutkan tadi, saya doakan anda semua sihat dan jagalah ukhwah persahabatan sesama kita ini.

    Saya nak sangat apabila kami semua sudah tiada nanti, nama kami disebut sebagai satu lagenda.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terkesan dengan luahan Azlee kerana mereka juga membesar dengan komedi yang disajikan oleh kumpulan Senario.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Jalan Terbaik Adalah Dengan Tidak Lagi Menjadi Suami Isteri, Kami Selesa Berkawan Baik’ – Hisyam Hamid

    Selain itu, mereka juga bersetuju dengan kenyataan bahawa Senario sememangnya sudah layak untuk bergelar lagenda.

    Senario kumpulan pelawak nombor satu Malaysia. Sampai hari ni tak ada orang boleh lawan lagi. Memang lagenda. Senario zaman kanak-kanak saya.

    Memang dah level lagenda dah pun..hidup membesar bersama Senario.

    Bagi aku Senario pelawak paling legenda yang aku pernah kenal. Terima kasih menghiburkan zaman kecil kami.

    Sekadar info, Senario kehilangan salah seorang anggotanya iaitu Hamdan yang menghembuskan nafas terakhir pada 5 Januari lalu akibat jangkitan kuman dalam darah.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts