Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, February 2, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Saya Percaya Fazura Sudah Besarkan Fatima Dengan Cara Terbaik’ – Fattah...

    [VIDEO] ‘Saya Percaya Fazura Sudah Besarkan Fatima Dengan Cara Terbaik’ – Fattah Amin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin tampil mempertahankan bekas isterinya, Nur Fazura selepas ramai menyalahkan aktres itu berikutan kenyataan anak mereka, Fatima Aisya, yang didakwa tidak lagi menyayangi bapanya.

    ‘Faz dah menjalankan tanggungjawab’

    Ketika ditemui , Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, sebaliknya percaya bahawa bekas iserinya itu telah menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai seorang ibu dalam membesarkan anak mereka.

     Faz (nama panggilan Fazura) sudah besarkan Fatima dengan cara terbaik.

    Itu mummy Fatima, tak sepatutnya orang komen bukan-bukan tetapi saya anggap mereka tidak tahu.

    Faz sebenarnya dah besarkan Fatima dengan cara terbaik. Saya sendiri percaya Faz dah menjalankan tanggungjawab sebagai mak Fatima dan saya pun sama.

    Fattah berkata demikian ketika ditemui di majlis Hi Tea Rissa SkinxFattah Amin yang berlangsung di Damansara, pada Sabtu.

    Dalam pada itu, pelakon filem Pendekar Awang ini juga menasihati agar orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian mahupuun spekulasi yang tidak benar.

    Jangan terlalu mudah buat andaian bukan-bukan dan sentiasa berfikiran positif.

    Cakaplah yang baik-baik kerana percakapan adalah satu doa dan fikir baik-baik.

    Terdahulu, tular sedutan siaran langsung TikTok memaparkan Fatima meluahkan perasaan tidak lagi menyayangi Fattah.

    Bagaimanapun, Fazura menasihati anaknya bahawa dia tidak sepatutnya berkata begitu dan perlu tetap menyayangi bapanya.

    Menjelaskan situasi tersebut, Fattah menegaskan bahawa rajuk seorang kanak-kanak adalah perkara biasa dan menolak dakwaan bahawa hubungannya dengan anaknya bermasalah.

    Imbas kembali, Fattah dan Fazura bernikah pada 27 November 2017 dan sah bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.

    Rentetan itu, hak penjagaan anak menjadi milik Fazura manakala Fattah diberikan hak lawatan dan bermalam.

    ALSO READ:  Set KFC Jimat Hari-Hari Ni Bermula Daripada RM9.99! Ada 9 Set Yang Korang Boleh Pilih Pula Tu!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts