Pelawak dan pelakon, Azlee Senario meluahkan rasa kecewa berikutan terdapat segelintir pihak yang masih lagi menetapkan bayaran rendah kepada pelakon-pelakon berpengalaman.
Luahan hati Azlee
@pakmatwestern Sampai hati diorang buat legend macam ni ? #fyp #foryou #azleesenario
? original sound – pakmatwesterncafe – pakmatwesterncafe
Menerusi video oleh jenama makanan terkenal iaitu Pak Mat Western, Azlee telah dijemput untuk melakonkan watak sebagai pelajar praktikal bagi menjayakan iklan promosi jenama tersebut.
Namun yang menyorot perhatian warganet adalah pada bahagian akhir iklan berkenaan di mana Azlee meluahkan tentang situasi yang sedang dihadapi oleh artis veteran di negara ini.
Menurut Azlee atau nama penuhnya Muhammad Azlee Jaafar, artis veteran seharusnya dibayar setimpal dengan pengalaman mereka kerana mempunyai nilai seni yang tinggi.
Saya memperjuangkan supaya artis-artis veteran diangkat martabatnya. Janganlah nilai martabat mereka dengan harga sebegitu.
Contohnya bayar RM500, mereka dari Kuala Lumpur dan penggambaran di Perlis. Saya rasa makan modal.
Kemudian, wakil daripada jenama makanan berkenaan telah memberi Azlee sejumlah wang. Azlee dilihat tidak mampu menahan air mata selepas menerima wang tersebut.
Saya pelawak saya jarang menangis. Saya menangis sebab sebak, ada juga rakyat Malaysia yang mengambil berat dan prihatin dengan bakat-bakat artis senior.
Saya rasa sungguh terharu. Saya tak sangka, saya datang ke sini hari ini bukan sekadar bekerja tapi saya juga dihargai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak mendengar keluhan pelawak berusia 56 tahun itu.
Dalam masa yang sama, mereka turut bersetuju agar industri memberikan bayaran yang lebih kepada artis veteran.
Saya peminat Senario sejak dari kecil dan saya rasa sangat emosi menonton iklan ini.
Patut legend macam ni lah bayaran lebih mahal daripada artis baru nak up.
Kali pertama aku sebak tengok Azlee menangis dari hati beliau. Memang legend patut dihargai mcm ni.
Terdahulu, Azlee rasa terkilan selepas pernah menerima tawaran yang tidak setimpal iaitu sebanyak RM500 sehari oleh pihak produksi.