Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Saya Pernah Minum Air Basuhan Tangan’ – Alif Hadi Dedah Pernah...

    [VIDEO] ‘Saya Pernah Minum Air Basuhan Tangan’ – Alif Hadi Dedah Pernah Menuntut Di Tadika Al-Arqam Selama Dua Tahun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Alif Hadi mengakui menjadi satu cabaran untuk menghafal ayat suci al-Quran demi menjayakan watak dalam filem ‘Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu’.

    Watak yang mencabar

    Ketika ditemui , pemilik nama Muhammad Alif Abdul Hadi ini berkata, dia berasa sungguh tercabar kerana perlu menghafal beberapa ayat suci al-Quran dalam tempoh masa yang agak singkat.

    Agak mencabar bagi saya untuk bawa watak ini kerana saya mempunyai masa yang sangat suntuk.

    Saya agak stres sebab saya tahu watak ini bukan senang di mana saya perlu menghafal surah seperti al-Baqarah, an-Nisa dan ayat pemisah sihir.

    Sewaktu di set penggambaran tak menjadi satu masalah pun cuma proses sebelum nak ‘shooting’ itu agak mencabar kerana saya perlu menghafal ayat-ayat suci al-Quran tersebut.

    Alif berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas majlis tayangan gala filem seram, Jangan Pandang Belakang 2 yang diadakan di GSC Starling Mall, Petaling Jaya pada malam Selasa.

    Pernah sekolah di tadika al-Arqam

    Ketika ditanya adakah dirinya mempunyai latar belakang bersekolah di sekolah agama, pelakon berusia 36 tahun ini memaklumkan dirinya pernah menuntut di tadika al-Arqam selama dua tahun sewaktu kecil dahulu.

    Saya tak ada ‘background’ belajar di sekolah agama tetapi saya pernah (belajar) di tadika al-Aqram.

    Dari saya umur empat tahun sampai enam tahun saya tadika di sana dan masih ingat lagi saya kena pakai jubah berwarna hijau.

    Waktu itu saya duduk di Kuang, Selangor dan di situ merupakan kawasan perkampungan mereka.

    Berkongsi lanjut mengenai pengalamannya bersekolah di tadika al-Arqam, Alif mendedahkan dia pernah minum air basuhan tangan sewaktu makan makanan yang dihidangkan di dalam talam bersama pelajar lain.

    Saya ingat-ingat lupa apa yang dipelajari ketika itu cuma apa yang saya ingat ialah pengalaman makan ramai-ramai dalam dulang.

    Saya ingat dulu pernah makan dalam dulang beramai-ramai, basuh tangan dan minum air basuhan tangan itu beramai-ramai. Memang berminyaklah air itu.

    Saya juga ingat pesan mereka untuk tengok bulan pada waktu malam setiap kali balik dari kelas mengaji sebab nanti akan ada muka Abuya di langit.

    Sekadar info, Alif membawa watak sebagai Hafiz yang merupakan seorang pengamal perubatan Islam dalam filem terbaharu arahan Pierre Andre yang berjudul ‘Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu’.

    ALSO READ:  ‘Andai Jodoh Tak Panjang, Bagi Saya Peluang Beraya Dengan Anak-Anak’ – Datuk Red

    Selain Alif, filem seram ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Emma Maembong, Khatijah Tan, Iedil Putra dan ramai lagi.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts